Tuesday, July 27, 2010

prestasi yang makin jatuh

Prestasi hari ini sangat merudum dengan begitu hampa...walaupun idea masih ada...aku tidak dapat buat yang terbaik...mood sudah hilang dan fikiran yang tidak menentu...oh....aku mahu makan banyak untuk hilangkan stress yang ada :) aku harus guna kelemahan untuk mengatasi kelebihan yang aku tiada...guna peluang sebaiknya....



Saturday, July 17, 2010

selamat dari kecelakaan

Syukur pada Allah...hari ini mungkin satu petanda buat aku...untuk terus mengingatiNYA...tangan aku masih bergetar...fikiranku masih melayang....aku hendak rehat....nasihat aku kepada kawan-kawan....jangan bawa kenderaan ketika fikiran anda tengah melayang....






aku tidak ada upaya...

Hari demi hari...perjalanan kian mencabar...meneruskan kehidupan...mencari rezeki...untuk menyara diri ini...susut tubuhku kini mengoncang ombak ketabahan...masih cuba tidak peduli akan sesuatu...buatlah yang terbaik untuk diri ini...kemana semangat yang hilang....kemana awan yang lalu...masihkah aku akan terkurung di dalam peti yang penuh ulat....gelap yang penuh penderitaan...mari lihat awan pagi....tapi mendung hari ini....sedih....malas nak basuh motor yang dah comot....

Friday, July 16, 2010

Alhamdulillah sedang mencuba yang terbaik....

Gambar di atas ni adalah gambar anak murid aku...namanya Rasyid atay nama timangannya adalah Que Haidar sebab mukanya memang mirip wajah pelakon tersebut...masa kali pertama mengajar darjah 6...Rasyid sangat pasif dan agak perlahan untuk melukis...walaupun perlahan...Rasyid masih tekun melukis sampai siap...jika aku berada di sebelahnya...membimbingnya melukis dengan yakin...Hari ini Rasyid boleh melukis dengan yakin...Rasyid melukis tiga gambar hidupan laut di atas kertas manila! Kali ini aku beri Rasyid melukis dengan pen marker...untuk menambah keyakinan beliau untuk melukis...kalau salah tidak boleh padam semula...jadi Rasyid harus fokus lebih dari kelas yang sebelumnya...Tahniah Rasyid...kalaulah aku juga tekun seperti kamu dulu....aku juga mahu buat yang terbaik...




Sunday, July 11, 2010

masih dibenci atau dicaci...


Sememangnya hidup ini tidak lepas dari dibenci dan kebencian yang menyelubungi diri...namun apa yang perlu adalah ketabahan untuk mengharungi semua itu...peluang yang ada gunakanlah sebaiknya...walaupun penyesalan dan ketidakterimaan seseorang itu membuatkan kita berasa kecewa dan juga gelisah....harus ada penerimaan secara total tentang kesalahan yang telah dilakukan....walaubagaimanapun aku masih menyedari kesalahan aku masih berada di tahap tidak boleh diterima...aku mengaku bahawa diri ini terdapat berjuta kesalahan...dan kemaafan dari seseorang yang sangat sukar untuk diberikan...susah bukan...mengharungi denai berduri untuk sampai ke destinasi...masih sakit dan masih jauh perjalanan yang hendak dilalui....aku harus tahan luka ini...membiarkan diri ini luka....dan akan pasti sampai juga ke destinasi...



Saturday, July 10, 2010

masih belum lelap...hari yang malap aku redah...


Malam ini penuh kesunyian yang memecah sepi di jiwa ini...sering kali aku terfikir melangkah dalam dunia yang aku tempuhi ini...penat lelah dan keringat kepayahan yang aku pikul kian berat mengoncang ketabahan...dan sering kali aku teringat akan kesusahan orang yang di bawah...siapalah diri ini untuk bersungut memanggil kata sia-sia...apakah daya ini cukup untuk menggalas kesemuanya...biarlah sengsara ini aku seorang yang menyimpannya...asal hati mereka dan mereka yang aku sayang selesa dan senang...hidup ini perlu banyak kesabaran...mengikut denai masa yang kian pudar...adakah masih sempat untuk pusing kembali ke titik mula...teruskan...jalan ke hadapan...tidak mengapa...aku sedar ia masih jauh...dan perlahan-lahan aku cuba bangkit........


paan


Friday, July 9, 2010

Masih memiliki kehilangan


Assalamualaikum...sudah lama aku tidak online buat masa ini...agak sibuk dengan urusan praktikal fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Chenua. Aku masih lagi menyewa di rumah abang Din sewaktu aku praktikal di Sekolah Kebangsaan Chat dulu...jodoh aku masih disana barangkali...masih sayang pada sekolah lama...tapi aku harus tumpukan perhatian sekeras-kerasnya pada sekolah yang baru...kerana aku akan mengajar pendidikan moral untuk kursus minor aku. Bercakap tentang pendidikan moral...aku tidak mengajar anak orang cina ataupun india...tapi...aku mengajar anak orang asli...di Sekolah Kebangsaan Chenua, hanya ada pelajar melayu dan pelajar asli sahaja...

Pengalaman mengajar anak orang asli agak baru bagi aku...pada mulanya memang agak sukar untuk menyesuaikan diri mengajar mereka kerana mereka sangat pasif dan juga sangat pemalu yang tidak terkata...mungkin kerana mereka merasa rendah diri dikalangan pelajar melayu...ada juga yang nakal dan lincah sehingga menarik perhatian aku untuk mengenali mereka dengan lebih dekat...sejak mengajar anak orang asli, aku mula belajar bahasa Semai dengan pelajar tahun lima. Selalunya mereka sukar bercakap dalam bahasa melayu dan aku mungkin hanya menjadi bahan umpatan mereka jika aku berdekatan dengan mereka..agaknya la..hahahah......sekarang ini sudah 2 minggu mengenali anak murid aku...dan aku sudah faham sikit-sikit perangai mereka...mereka memang suka menyanyi dan suka berborak tentang kehidupan seharian mereka...kadang-kadang sampai 2 jam tidak berhenti berborak bersama aku...terutama sekali Safuan,Kelana dan Sazali...pelajar paling aktif dalam kelas aku...petah berkata-kata dalam bahasa semai, jakun dan melayu...ahahaha...aku pun masih terikut-ikut dengan pelat mereka, dan memang kelakar kalau nak diikutkan bercakap mengikut laras bahasa mereka... Oklah sampai disini sahaja aku menulis pada hari ini...cuba untuk gembira wahai si Paan...tabahkan hati...seperti mereka yang kental dan tersenyum selalu...



anugerah dan kesyukuran | paanituaku