Monday, November 28, 2011

PPPS


5 tahun 6 bulan sudah pun berakhir. Kini aku tidak lagi bergelar seorang pelajar. Sekarang masih menunggu keputusan posting dan perlu hadir temuduga SPP. PPPS merupakan singkatan untuk perkerjaan aku akan datang iaitu pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah. Tidak sangka...sudah tiba masanya untuk bergerak ke satu peringkat di mana menempuhi alam dewasa yang sebenar. Memiliki gaji dan rumah sewa sendiri serta cuba untuk mendapatkan lesen kereta menggunakan wang sendiri. Oh...aku sudah menjangkau usia yang lebih matang...Harap lepas ini muncul cahaya sinaran yang membawa aku menuju lembah cita-cita.






Monday, October 31, 2011

Penyeri kata

Sudah lama aku menyepi dalam dunia blog. Hari ini dan perasaan ini membuatkan aku mahu untuk mengemaskininya semula. Seperti biasa kisah coretan hidup pencacai kelas sederhana kembali. Tahun ini merupakan tahun terakhir aku belajar di tempat ini dan aku sudah pun kini berada dalam zon selesa...hanya beberapa minggu saja lagi yang tinggal untuk menamatkan pelajaran dan bakal mendapat segulung kertas yang dinamakan ijazah. Hari makin berlalu dan kenangan juga turut memberi kesan hidup untuk terus bersyukur dengan apa yang aku ada. Banyak kisah yang aku mahu ceritakan sehingga terbit perasaan ingin menulis sebuah novel sebanyak 650 muka surat. Semuanya berkisar tentang pengalaman hidup yang mengajar aku erti menerima dan melepaskan. Apa pun yang aku rasa ini, tetap perasaan yang sama. Masih banyak lagi perkara yang aku masih perlu belajar. Sekian saja untuk hari ini. Aku mungkin akan menulis lagi.


Thursday, March 17, 2011

Meet Dr. Sheldon Cooper


Encik Sheldon merupakan watak utama dalam rancangan drama komedi The Big Bang Theory yang mungkin sangat popular bagi sesiapa yang pernah menontonnya...Watak encik Sheldon ini merupakan seorang yang sangat dan sangat-sangat cerewet dalam kehidupan harian yang dilalui oleh beliau setiap hari. Beliau tidak boleh mengubah jadual hidup tanpa sebab musabab yang boleh diterima dari segi fizik dan ekosistem kitar hidup. Ini adalah kerana beliau merupakan ahli fizik yang gila. Sudah tentu kita tidak boleh menjadi teliti seperti beliau kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada plan B jika plan A tidak berjaya dengan lancar. Kalau aku boleh jadi seperti dr. Sheldon...hidup aku pasti teliti setiap sentimeter....HAHAHA...NERDEY...



Wednesday, March 16, 2011

aku memang lemah...

Aku memang sangat lemah...baru aku tahu...dan sememangnya aku tahu...maafkan aku bagi sesetengah pihak....aku sudah memaksa diri melampaui batasan sehingga aku mengalami stress yang amat kuat...dan tidak baik untuk kesihatan aku...aku rasa aku mengenali erti putus asa...



Tuesday, February 1, 2011

dia yang ceria

Bila difikirkan kembali...duduk termenung seorang diri...aku terfikir kenapa orang yang sangat ceria merupakan seorang yang berjiwa lara. Orang yang banyak menyimpan rahsia dan meniti hari seorang diri...membisu bersama hati yang sepi...tidak mahu orang lain mengerti keperitan hidupnya...masih ada rasa kalah yang kian menghakis dalam diri...wajarkah bagi aku untuk mengetahui rahsia itu...biarpun ia satu penyakit yang sangat kronik...aku masih ingin tahu....Harap engkau cepat sembuh wahai rakan...


Aku tidak mahu bersedih atas nasib yang menimpa aku...cukuplah sekadar ibu,bapa,adik,kakak dan rakan yang menyayangi aku....

Sunday, December 26, 2010

kais pagi dan petang


Semua orang ada tanggungjawap...atau amanah...tak kira anak, mak dan sebagainya...dengan tugas yang diberi, kita tunaikan amanah yang kita pikul ini...walaupun pahit untuk ditelan...telanlah ia untuk kesenangan akan datang...bukan untuk bersenang-lenang...bukan untuk bersuka ria...perjalanan sangat jauh...aku harus kental untuk hidup...kais pagi dan kais petang sahaja yang selalu diperkatakan...nanti aku cuba kais tengahari...mana tahu dapat rezeki...mudah-mudahan...

Friday, December 10, 2010

Mengapa bosan?

Mengapa sering kali dilihat di dalam facebook...perkataan bosan sering kali memancar di status sesetengah orang....aku juga runsing dan pelik mengapa harus bosan...hehe...adakah kerana tiada kerja untuk dibuat di rumah terutama sekali pada cuti semester yang agak panjang ini...bagi aku jika bosan...buatlah perkara yang belum pernah anda buat...perkara yang baru atau hobi yang yang baru...mungkin akan mengikis rasa bosan ini... bila kita di tempat belajar kita akan stress dan bila kita di rumah kita bosan pula...hehehe...cuba renungkan apa yang kurang dalam diri ini...mungkin dapat diperbaiki...belajarlah sesuatu yang baru sepanjang cuti yang bahagia ini :)

anugerah dan kesyukuran | paanituaku