Friday, July 31, 2009

aku melukis, melayari internet, cari bahan seni = antisosial

Aku seorang yang suka memerap dalam bilik..sememangnya aku tidak suka melepak dalam bilik orang lain sebab aku rasa aku patut berada dalam bilik aku untuk berkarya dan sebagainya..namun realitinya mungkin aku seorang yang antisosial atau ego..mungkin benar..tetapi adakah aku tidak boleh bercakap..? salah..aku boleh bercakap dan aku boleh bersosial mengikut peringkat..bukan kerana aku terlampau fokus kerja seni aku aku tidak mempedulikan orang di sekeliling..aku ada cara hidup aku dan apa yang aku buat..sama seperti orang lain..jika seseorang mendalami sesuatu yang dia suka..dia akan buat sesuatu mengikut keadaan sekeliling..aku tahu bahawa aku ialah seorang yang gila melukis dalam bilik selain melayari internet..berbanding orang yang normal mempunyai cara hidup normal dan mempunyai hobi lain yang yang tidak antisosial..bagi aku, bergantung kepada seseorang yang mementingkan persahabatan dan hubungan luar..seorang pelukis juga tahu apa yang dia lakukan..dia akan berkarya dan mengujudkan sesuatu yang dia mahu..seseorang yang bergelar orang seni juga tampil dengan sifat fokus dalam karyanya..oleh itu seorang pelukis itu juga mahu karyanya diterima dan memperbaiki kemahiran lukisannya.AKU sangat suka melukis dan melukis buat aku bersyukur dengan apa yang aku ada..paan itu aku..

Thursday, July 30, 2009

aku bukan lelaki lembut

Aku bukan lelaki lembut...sering kali aku dikatakan lelaki lembut apabila membuat design-design comel..tidak sama sekali bukan dan ternyata salah..haha..hoho..ada kaitan aku rasa lelaki lembut dengan minyak wangi..tapi aku ada kaitan dengan robot kesayangan aku..GUNDAM..mat gundam ni memang aku suka...bukan fasal dia seorang yang besar jadi aku boleh pandu mat gundam ni..sebenarnya kecil sahaja..baiklah..aku nak perkenalkan gundam terbaru yang baru aku beli semalam..model GN-0000-00 GUNDAM.. haha..senang betul nak ingat..gundam ni bagi aku..memang seronok! sebab aku tak matang lagi rasanya..perangai dari kecil masih lagi terbawa-bawa hingga sekarang..hmmm..apa nak jadi...aku pun beli saja...memang dulu masa muda-muda aku kena juga tegur oleh ibu bapaku..namun aku suka..aku minat..hoh..degil betul aku ni..aku beli juga...tapi bukanlah sebanyak mana pun..kalau banyak sangat aku beli silap haribulan aku pula yang makan kaki gundam aku sendiri..HAHAHA..

Monday, July 27, 2009

Awat hang marah aku?


Pagi yang indah sambil muka layu..aku pergi ke kelas dalam keadaan tenang dan bergaya..aku meletakkan motosikalku ke tempat yang benar iaitu tempat meletakkan motosikal bukan tempat letak lori..tetapi..sedang aku melangkah keluar dari tempat meletakkan motosikal tersebut..aku dipanggil oleh seseorang yang aku tak nak sebut darjatnya serta keturunan beliau yang aku tak teringin nak ambil tahu..beliau berkata (marah kot) kepada aku..pelajar tidak boleh bawa motor ke kawasan kelas dan tak boleh meletakkan motor di tempat meletak motor (aku rasa tempat tu tempat letak motor..tapi bagi beliau bukan) . Beliau berkata...itu bukan tempat letak motor..itu tempat berteduh..aku berasa sungguh hampa lagi haru...kenapa tempat letak motor bertukar nama menjadi tempat berteduh dari mara bahaya kot..gila! memang logik betul..rupanya bergitu...tempat letak motor sebenarnya tempat BERTEDUH ya kawan-kawan!! mari kita BERTEDUH di tempat BERTEDUH (tempat letak motor) :)

Tuesday, July 21, 2009

AWAT DUK MARAH-MARAH NI...MEMANG PON!!

ALAHAI...MARAHNYA SAYA...geramnye saya pada hari ini..auuuuww!!! nyampah!!!! meluat!! tak paham!! CISSS!! MARAH SUNGGUH orang itu...cuba bawak bertendang...tendang pintu yang ada...hahaha...awat lagu tu...tak baik taw...jom main masak-masak lagi bagus...peduli ja la orang nak kata pa kat hang..hang ni memang ketegaq..tak mau dengaq kata kan..hang ni..memang la buat orang susah ja...dah la..jangan duk marah-marah lagi na..jom kita minum susu coklat....mesti hang suka kan PAAN....AHAHHAHAHAHAH!

Monday, July 20, 2009

GERAM NAK TUMBUK ORANG...

Malam ni malam yang agak panas bagi aku..geram pada had yang mengelegak! rasa nak sepak,tumbuk je..geram....hahahahahaha!! takpa takpa...moh kite lepaskan kegeraman kite dengan bermain street fighter 4..aku tengah layan game ni sekarang..hoho..dah la tengah geram..layan pulak game ni..memang aku lah Ryu!! HADOKENNN!!!!!

Saturday, July 4, 2009

kesedihan aku bersama kenangan manis

braavooo saja!! goyang-goyang!! macam lalang!!! ko main-main lagi ya wira!!? ko nak kene rendam dalam kolam ka wira!!? perkataan yang paling aku rindu ketika di plkn dulu..syahdunya ayat manja oleh cikgu-cikgu fizikal ketika itu..aku sedih sebab plkn...plkn tak besstt!!?? pemikiran mula-mula sebelum aku masuk kem...sekarang??? sampai mati aku tak boleh lupe detik-detik indah aku kat sana...tersangat indah...banyak benda yang aku belajar kat sana...kalaulah aku boleh apply lagi plkn akan ku buat permohonan itu..namun sejarah hanya tingal sejarah..aku hanya ada kenangan itu dan kenangan itu tak kan berlaku lagi sekali..buat ex-kompeni bravo kumpulan 1 siri 3 2006...aku sangat-sangat merindui kalian semua..harap kalian semua berjaya mencapai cita-cita kalian...buat cikgu-cikgu fizikal dan character building serta cikgu kenegaraan..terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan...tidak ada cikgu yang tidak mempedulikan kami..cikgu marah kami sebab kami buat silap pelbagai..semua tu untuk kebaikan kami..apa pun yang aku harap..semua kenangan itu masih lagi manis dan segar dalam ingatan aku...

anugerah dan kesyukuran | paanituaku