Wednesday, September 30, 2009

Char Kuew Tiaw Penang kegemaranku

Makanan di atas ini merupakan makanan kegemaranku...yaa, char kuew tiaw namanya...sungguh lazat...sungguh mantap...sungguh segar...setiap kali kepulangan aku ke kampung...sudah pasti aku akan datang ke kedai char kuew tiaw penang sebelah jalan besar berhadapan dengan perkuburan Islam sebelah petronas..hahaha..selalunya aku akan makan char kuew tiaw ni pada lewat malam dengan rakan-rakanku..Palan dan Pizul..semestinya anda tidak akan puas kalau menempah sepinggan..bagi aku..2 pinggan sudah memadai..nikmat kuah dan kicap buatan sendiri tuan kedai tersebut membuatkan aku makan sambil bergetar-getar..sedap sangat la rasanya..hahaha..aku sangat merindui char kuew tiaw apabila aku kembali ke Pahang untuk meneruskan pelajaran aku...wallpaper char kuew tiaw sentiasa menghiasi skrin laptop aku..setiap kali aku membukanya...oh...setiap kali buka laptop mesti rasa nak gigit lcd dia...hahahha..rakusnya aku seperti rakun...



Hatiku terpaut pada rumah


Hatiku terpaut pada rumah
dimana aku pergi aku pasti ingat rumah
ayah bonda bersama hati kami
rindu kami
tempat asal kami...
aku pulang dengan rindu kalbu
menunggu saat bersama
di rumah kasih itu ditebar...
semarak gundah
berarak pergi
dan hadir seribu kegembiraan
yang mana mungkin hilang
dan kekal bersama



Friday, September 25, 2009

Episod sahabat lama! berjumpa kembali!

Salam Lebaran yang indah..ingin aku rakamkan peristiwa pada hari raya ketiga...pada pagi itu, aku telah mendapat sms dari rakanku Azrai yang menjadi ketua Ekspedisi Raya Sakan kali ini..aku ikut saja kata-katanya...semua ahli yang terlibat pada mulanya terdiri dari Pizul,Tam,aku dan Azrai..haha..semua rancangan azrai untuk beraya tak dirancang jadi agak kelam kabut..sebelum nak beraya ke rumah kawan mestilah tanya dulu tuan rumah..haha..tapi tuan rumah sibuk..si Azrai bertanya dan bertanya akhirnya si Marina (kawan sekolah rendah) kebetulan ada dirumah..kami pun pergi bertandang ke rumah Marina dengan muka yakin dan tanpa segan..haha..aku nak cerita peristiwa di rumah marina..mula-mula aku nak beritahu..Marina ni agak sopan santun..cakap memang suara pun kurang melantun dan tak berapa nak dengar la..memang dari dulu dia macam tu..huhu..sampai aku tanya pun banyak kali ulang soalan yang sama..hehe..lepas melantak di rumah Marina, kami memaksa dia untuk mengikut kami beraya ke rumah kawan-kawan yang lain...dengan sekeras-kerasnya...dia pun memberi alasan bertubi-tubi untuk tidak mahu turut serta tetapi gagal..ehehe..sementara menunggu marina bersiap-siap hampir dua jam, kami ke rumah sahabat lama aku iaitu Pozee(kawan sekolah rendah) di Kampung bumi hijau..selepas beraya di rumah Pozee kami turut mengajaknya sekali beraya di rumah seniorku yang bernama Safarizal..Safarizal hanya bertuala sahaja di rumahnya kerana rumahnya tiada orang..bujang punya tema pakai tuala saja..hahaha..tapi takpa la..motif utama raya nak makan..selepas habis raya di rumah Safarizal..kami bertolak ke rumah Marina kembali untuk menjemputnya dengan motor..dia naik satu motor dan kami kongsi motor..

Selepas terpegun dengan kecantikkan Marina kami pun bertolak ke rumah seterusnya iaitu rumah Zulaikha..hoho..Aku amat teruja nak pergi rumah Zulaikha untuk berjumpa kakaknya Zuhairah..tetapi gagal..kak dia kerja la pula..hoho..selepas habis berbual kisah lampau dengan Zulaikha, kami semua (tak termasuk Zulaikha sebab dia ada hal) bertolak ke rumah seterusnya iaitu rumah Azimah (kawan sekolah rendah dan tadika) HEHE..aku sangat jarang bersembang dengan Azimah semasa di bangku sekolah dan apabila umurku mencecah dewasa baru aku nak sembang dengan dia..maklumlah dulu aku malu-malu kucing janda...

Selepas makan dengan kenyang di rumah Azimah..kami pun mengajak beliau untuk turut serta menyertai ekspedisi raya sakan kami..Azimah pun bersetuju dan kami menunggu dia bersiap-siap dulu seperti Marina..tapi cepat sikit la dia bersiap..HAHA..Azimah membonceng si Marina dan kami masih membonceng orang yang sama ke rumah Pizul la pula....selepas habis minum, kami pun meneruskan ekspedisi kami ke rumah aku...hoho..lepas habis minum juga..kami terus ke kampung Tebok Yan..untuk beraya ke rumah Adila (kawan sekolah menengah) ahahaha...rumah Adila ni destinasi akhir kami..hoho..makan kat rumah Adila ni menarik sikit sebab dapat makan lauk kenduri kesyukuran yang famili dia buat..hahaha..mengembung perut aku makan nasik hari raya ketiga dengan rakusnya...seronoknya dapat jumpa kawan-kawan lama...aku harap hangpa semua berjaya dalam kerjaya hangpa masing-masing...hehehe..kali ni aku memang saja nak tulis panjang-panjang..hahaahahaha!

Tuesday, September 22, 2009

sekadar ingin bercerita

Assalamualaikum kawan-kawan..Salam lebaran..salam aidil fitri buat semua umat islam di seluruh dunia...sekadar coretan yang tak berapa menarik untuk aku tulis..raya pertama macam agak bosan..pagi raya pertama aku balik kampung..lepas sampai kampung aku main mercun kejap dengan sepupu aku..bila tengok mercun sekarang makin kuat bunyinya aku macam tak berani pula nak main..risau jari jemari ku hilang di langit biru..tak pun mata biruku sudah tidak kelihatan di ambang aidilfitri..tengah hari pula aku tidur..malam tu juga aku balik Pantai remis...jumpa kawan-kawan semua hari raya kedua la pula.

Hari raya kedua pun aku tidur di pagi hari..bangun nak dekat tengah hari..malas betul aku ni..aku bangun pun sebab kawan aku telefon aku nak datang rumah..Si Roslan dan Emi kawan aku masa di sekolah menengah..perangai sengal masih terserlah...haha..tak boleh nak ubah..lepas habis bersalam nak balik rumah sempat lagi dia baling mercun bola depan rumah aku..nasib baik mak aku tak dengar atau buat-buat tak dengar...malamnya pula aku lepak makan charkuewtiaw macam biasa-biasa aku makan di tengah malam..lepas makan charkuewtiaw paling sedap , aku pun melepak di rumah kawan aku si azrai bin wahab si juruletrik kampung Tanjung Ara..rumahnya sangat meriah sebab pada julung-julung kali dan kali pertama famili si azrai buat perjumpaan waris keluarga sebelah emaknya...ada 11 orang adik beradik emaknya..hohoh..sangat kagum boleh jumpa semua dalam masa satu hari..hoho..memang nampak meriah..malam tu pun aku melepak rumah dia tengok persembahan anak saudara bermain bunga api dalam keadaan girang sambil menyanyi lagu selamat hari raya dendangan Ahmad Jais.hehe..ermmm..aku rasa itu saja kot aku nak tulis...lagi satu aku nak nasihatkan kepada rakan-rakan di luar sana....kalau nak beli mercun..belilah mercun yang mendapat kelulusan dari badan-badan kerajaan yang ditetapkan...salam aidilfitri maaf zahir batin :)

Monday, September 14, 2009

aku sangat sayang barang ini...

gambar apa ini paan? huh? ini gambar butang dan penjerut kasut boot...kenapa kau masih simpan benda macam sampah? haa!! mana ada! aku sayang dengan benda ini! lama sudah aku simpan...dari tahun 2006 lagi...butang-butang ini lah kenangan aku di latihan Khidmat Negara...sewaktu menjalani latihan..butang seluarku tertanggal..jadi aku simpan sahaja buat kenangan dan gantung di telefon bimbit aku..siapa tak sayang benda-benda yang menyimpan memori sebergini..aku memang jaga benda ni elok-elok biarpun nampak macam sampah..ia tetap mengamit memori dan boleh membuatmu sedih dan gembira...

Monday, September 7, 2009

Bahaya Mouse Optik


Mouse optik...siapa tak pernah pegang mouse angkat tangan!! ala benda yg bulat-bulat tu... ya..aku rasa ramai dah pernah rasa pegang mouse dan tahu akan kegunaannya..Namun, tahukah anda semua bahwa mouse optik dapat memberikan kesan sampingan kepada penggunanya? hahahah?? bagaimana?? mari kita baca lagi rangkap seterusnya :)

Kira-kira semenjak tiga tahun setelah dilancarkan mouse optik pertama oleh Microsoft, telah dikenalpasti bahawa terdapat ribuan radiasi yang dipancarkan oleh mouse optik ke permukaan tangan. Mouse optik bekerja dengan memancarkan gelombang elektromagnetik frekuensi tinggi ke permukaan di bawahnya. Frekuensi yang digunakan lebih tinggi daripada telefon bimbit anda.

Mungkin sudah banyak pengguna yang mengetahui, bahawa telapak tangan dan kaki merupakan pusat hujung syaraf tubuh. Oleh itu, radiasi dari mouse yang dirasakan di telapak tangan dapat mempengaruhi kesihatan pengguna. Menurut pengamatan dari badan kesihatan dunia, WHO, radiasi dari mouse setara 5 kali radiasi telefon bimbit, dan akan lebih berbahaya jika mouse optik dipegang terus-menerus oleh pengguna komputer.

Untuk produk mouse optik berkualiti rendah, pengaruh radiasi elektromagnetik akan lebih terasa. Bagi produk yang bagus telah menggunakan pelindung (shield) di mouse optik bagi guna melindungi pergelangan tangan. Oleh kerana adanya bahaya yang cukup membimbangkan ini, WHO, GreenPeace, dan CNN sudah menghentikan penggunaan optical mouse untuk seluruh kegiatan di pejabat mereka. Sementara untuk Microsoft dan IBM telah saling bekerja sama untuk pembuatan pointer device yang lebih selamat, dengan dana sekitar $2 juta.

Untuk itu, pengguna dapat mulai membiasakan menggunakan mouse hanya ketika diperlukan, dan mungkin dapat lebih berlatih menggunakan shortcut keyboard, seperti “Ctrl-V” untuk paste, dan sebagainya. hahahhaha...jauhkan diri dari mouse...tapi susah nak buat kerja la lepas ni..hahaha...runsing daku runsing...

anugerah dan kesyukuran | paanituaku