Assalamualaikum kawan-kawan semua..haha..lama aku tak kemaskini blog aku ni..hari ni aku nak cerita pasal binatang pelik yang aku terjumpa masa nak pergi ke tandas...ohhh!! apakah itu? rama-rama? kupu-kupu? yang penting aku rasa ia pelik.. cepat-cepat tangkap la! hahaha...tolong beritahu apa nama binatang ni ekk?? hahaha...aku buta serangga....
Sunday, November 1, 2009
Wohoooo aku jumpa binatang pelik
Assalamualaikum kawan-kawan semua..haha..lama aku tak kemaskini blog aku ni..hari ni aku nak cerita pasal binatang pelik yang aku terjumpa masa nak pergi ke tandas...ohhh!! apakah itu? rama-rama? kupu-kupu? yang penting aku rasa ia pelik.. cepat-cepat tangkap la! hahaha...tolong beritahu apa nama binatang ni ekk?? hahaha...aku buta serangga....
dipos oleh paan pada pukul 7:43 PM 4 comments
Sunday, October 18, 2009
Tragedi kentang goreng
Malam ni malam penuh gembira, aku bersama adikku Fahim pergi ke Billion..mencari kentang goreng untuk makan malam..aku beli 2 bungku besar..setibanya aku ke rumah...mama pun masak la kentang goreng tersebut...hoho, agak-agak setengah jam mama masak, akhirnya siap juga kentang yang telah digoreng...hahahaha..aku, fahim dan mama pun apa lagi..nak melahap la kentang goreng tersebut....sedang aku ingin mengambil kentang goreng itu..................
DATANG seekor LIPAS terbang entah kemana....lalu masuk ke dalam bekas kentang goreng yang baru kami nak makan!! aku pun mencari-cari lipas tersebut didalam kentang goreng yang kepanasan...Cis punya lipas...mendarat di tengah makanan kegemaran aku...aku pun ambil dan buang lipas tu......si Fahim dan macam tak lalu...mama cakap takpa...lipas tu baru je masuk..hahahahhaa!! aku pun setuju...takpa.....lagipun kentang masih panas....BAHAM saja la!!!
dipos oleh paan pada pukul 1:49 AM 7 comments
Sunday, October 11, 2009
Mainan aku sewaktu ketika dahulu
Sewaktu aku berada di bangku sekolah..agak-agak budak higusan..aku sangat taksub dengan anime digimon...sebab anime ni banyak kait dengan kasih sayang..manusia dan digimon...aku agak melayan perasaan ketika menonton anime ni dulu-dulu..hoho...sampai pagi ahad dan sabtu aku mesti duduk kat rumah nak tengok anime..hoho..bila dah terpengaruh dengan digimon..aku pun apa lagi..punya nak beli gadjet yang dikenali sebagai Digivice..Digivice ni digunakan oleh kanak-kanak terpilih untuk digimon mereka bertukar menjadi lebih hebat dan besar! aku pun macam perasan la bila pegang benda ni aku pun macam rasa jadi kanak-kanak terpilih..ahahhahaha!
Digivice ni sangat istimewa sebabnya digivice ni membolehkan kita bela digimon dan boleh digabungkan dengan digivice orang lain untuk berlawan antara digimon! hehehe...sempoi gila..haha...masa musim digivice ni keluar..setiap budak mesti beli...huhu..macam trend pula aku tengok bila aku pergi sekolah...melihat kawan-kawanku menunjukkan digivice masing-masing..hahahaha..sekolah kat kampung pun ada digivice...hehee...sampai sekarang pun aku tengok digivice ni dah macam-macam bentuk dan rupa...lagi canggih dan lagi moden..hehe..dunia sekarang dah berubah..
dipos oleh paan pada pukul 9:56 PM 2 comments
Saturday, October 10, 2009
Toradora! Anime cinta lawak!
dipos oleh paan pada pukul 9:55 PM 4 comments
Friday, October 9, 2009
Disebalik senyuman
Di sebalik senyuman ada duka,
di sebalik kata sembunyi luka.
di sebalik luka terpendam sengsara,
kerna sengasara itu penuh hiba.
-paan-
dipos oleh paan pada pukul 9:05 PM 2 comments
Thursday, October 8, 2009
Game yang aku suka main dulu...
dipos oleh paan pada pukul 10:10 PM 3 comments
Tanganku terasa kebas dan kaku....
dipos oleh paan pada pukul 1:43 AM 2 comments
Monday, October 5, 2009
Syok makan dengan kucing
dipos oleh paan pada pukul 11:50 PM 0 comments
Sunday, October 4, 2009
Semalam hari yang paling gembira
Lepas pusing-pusing Times square kami gerak balik ke Lowyat jalan-jalan..aku pula sibuk nak cari mp5 aku tu..haha..lepas habis jalan-jalan di Lowyat kami semua gerak balik ke KL sentral..kak aku pun dah gerak balik ke seremban...aku pula bersama khai dan bino meneruskan perjalanan ke Central market untuk cari bahan anyaman...lepas habis membeli belah di Central market aku meneruskan langkah untuk mencari bola si bino..bola tu dia nak buat bahan untuk arca asemblaj dia..hoho..punya la jauh kami cari sampai ke 3 pusat membeli belah baru jumpa..rasa nak patah kaki aku...haha..lepas dah dapat bola kami pun bergerak pulang balik ke KL (Kuala Lipis) dengan keadaan penat teramat..apa pun aku sangat gembira jumpa kak dan pengalaman hari tu sangat manis buat aku..haha..kepada Khai..selamat hari jadi ya :) terima kasih sebab teman kami jalan-jalan cari bola..hehe..
dipos oleh paan pada pukul 11:39 PM 2 comments
Wednesday, September 30, 2009
Char Kuew Tiaw Penang kegemaranku
dipos oleh paan pada pukul 3:22 PM 4 comments
Hatiku terpaut pada rumah
dimana aku pergi aku pasti ingat rumah
ayah bonda bersama hati kami
rindu kami
tempat asal kami...
aku pulang dengan rindu kalbu
menunggu saat bersama
di rumah kasih itu ditebar...
semarak gundah
berarak pergi
dan hadir seribu kegembiraan
yang mana mungkin hilang
dan kekal bersama
dipos oleh paan pada pukul 1:25 AM 0 comments
Friday, September 25, 2009
Episod sahabat lama! berjumpa kembali!
Selepas terpegun dengan kecantikkan Marina kami pun bertolak ke rumah seterusnya iaitu rumah Zulaikha..hoho..Aku amat teruja nak pergi rumah Zulaikha untuk berjumpa kakaknya Zuhairah..tetapi gagal..kak dia kerja la pula..hoho..selepas habis berbual kisah lampau dengan Zulaikha, kami semua (tak termasuk Zulaikha sebab dia ada hal) bertolak ke rumah seterusnya iaitu rumah Azimah (kawan sekolah rendah dan tadika) HEHE..aku sangat jarang bersembang dengan Azimah semasa di bangku sekolah dan apabila umurku mencecah dewasa baru aku nak sembang dengan dia..maklumlah dulu aku malu-malu kucing janda...
Selepas makan dengan kenyang di rumah Azimah..kami pun mengajak beliau untuk turut serta menyertai ekspedisi raya sakan kami..Azimah pun bersetuju dan kami menunggu dia bersiap-siap dulu seperti Marina..tapi cepat sikit la dia bersiap..HAHA..Azimah membonceng si Marina dan kami masih membonceng orang yang sama ke rumah Pizul la pula....selepas habis minum, kami pun meneruskan ekspedisi kami ke rumah aku...hoho..lepas habis minum juga..kami terus ke kampung Tebok Yan..untuk beraya ke rumah Adila (kawan sekolah menengah) ahahaha...rumah Adila ni destinasi akhir kami..hoho..makan kat rumah Adila ni menarik sikit sebab dapat makan lauk kenduri kesyukuran yang famili dia buat..hahaha..mengembung perut aku makan nasik hari raya ketiga dengan rakusnya...seronoknya dapat jumpa kawan-kawan lama...aku harap hangpa semua berjaya dalam kerjaya hangpa masing-masing...hehehe..kali ni aku memang saja nak tulis panjang-panjang..hahaahahaha!
dipos oleh paan pada pukul 9:53 PM 2 comments
Tuesday, September 22, 2009
sekadar ingin bercerita
Hari raya kedua pun aku tidur di pagi hari..bangun nak dekat tengah hari..malas betul aku ni..aku bangun pun sebab kawan aku telefon aku nak datang rumah..Si Roslan dan Emi kawan aku masa di sekolah menengah..perangai sengal masih terserlah...haha..tak boleh nak ubah..lepas habis bersalam nak balik rumah sempat lagi dia baling mercun bola depan rumah aku..nasib baik mak aku tak dengar atau buat-buat tak dengar...malamnya pula aku lepak makan charkuewtiaw macam biasa-biasa aku makan di tengah malam..lepas makan charkuewtiaw paling sedap , aku pun melepak di rumah kawan aku si azrai bin wahab si juruletrik kampung Tanjung Ara..rumahnya sangat meriah sebab pada julung-julung kali dan kali pertama famili si azrai buat perjumpaan waris keluarga sebelah emaknya...ada 11 orang adik beradik emaknya..hohoh..sangat kagum boleh jumpa semua dalam masa satu hari..hoho..memang nampak meriah..malam tu pun aku melepak rumah dia tengok persembahan anak saudara bermain bunga api dalam keadaan girang sambil menyanyi lagu selamat hari raya dendangan Ahmad Jais.hehe..ermmm..aku rasa itu saja kot aku nak tulis...lagi satu aku nak nasihatkan kepada rakan-rakan di luar sana....kalau nak beli mercun..belilah mercun yang mendapat kelulusan dari badan-badan kerajaan yang ditetapkan...salam aidilfitri maaf zahir batin :)
dipos oleh paan pada pukul 3:41 AM 5 comments
Monday, September 14, 2009
aku sangat sayang barang ini...
dipos oleh paan pada pukul 2:38 AM 6 comments
Monday, September 7, 2009
Bahaya Mouse Optik
Kira-kira semenjak tiga tahun setelah dilancarkan mouse optik pertama oleh Microsoft, telah dikenalpasti bahawa terdapat ribuan radiasi yang dipancarkan oleh mouse optik ke permukaan tangan. Mouse optik bekerja dengan memancarkan gelombang elektromagnetik frekuensi tinggi ke permukaan di bawahnya. Frekuensi yang digunakan lebih tinggi daripada telefon bimbit anda.
Mungkin sudah banyak pengguna yang mengetahui, bahawa telapak tangan dan kaki merupakan pusat hujung syaraf tubuh. Oleh itu, radiasi dari mouse yang dirasakan di telapak tangan dapat mempengaruhi kesihatan pengguna. Menurut pengamatan dari badan kesihatan dunia, WHO, radiasi dari mouse setara 5 kali radiasi telefon bimbit, dan akan lebih berbahaya jika mouse optik dipegang terus-menerus oleh pengguna komputer.
Untuk produk mouse optik berkualiti rendah, pengaruh radiasi elektromagnetik akan lebih terasa. Bagi produk yang bagus telah menggunakan pelindung (shield) di mouse optik bagi guna melindungi pergelangan tangan. Oleh kerana adanya bahaya yang cukup membimbangkan ini, WHO, GreenPeace, dan CNN sudah menghentikan penggunaan optical mouse untuk seluruh kegiatan di pejabat mereka. Sementara untuk Microsoft dan IBM telah saling bekerja sama untuk pembuatan pointer device yang lebih selamat, dengan dana sekitar $2 juta.
Untuk itu, pengguna dapat mulai membiasakan menggunakan mouse hanya ketika diperlukan, dan mungkin dapat lebih berlatih menggunakan shortcut keyboard, seperti “Ctrl-V” untuk paste, dan sebagainya. hahahhaha...jauhkan diri dari mouse...tapi susah nak buat kerja la lepas ni..hahaha...runsing daku runsing...
dipos oleh paan pada pukul 6:04 PM 2 comments
Thursday, August 20, 2009
kaki bodek,kaki cemburu,kaki tikam belakang?
dipos oleh paan pada pukul 8:21 AM 7 comments
Thursday, August 13, 2009
Ustaz Asri vokalis Rabbani meninggal dunia..Al-Fatihah...
dipetik dari Zam
dipos oleh paan pada pukul 4:52 PM 2 comments
Wednesday, August 12, 2009
WAAAH! apa kena dengan blog aku!
dipos oleh paan pada pukul 8:06 PM 5 comments
ketua darjah punya cerita
Aku dan rakan-rakan semua masa tu kecut perut tengok budak baru tu nangis..dah rasa macam melampau pula kutuk dia..baru kami sedar kami salah..huhu..pemikiran tak matang..ahahaha..aku pon rasa sangat bersalah pada budak baru itu..sampai aku tak minta maaf pada dia..hingga beberapa tahun lamanya..akhirnya pada tahun lepas..aku berjaya mendapat nombor telefonnya dan aku telefon dengan rasa menyesal..dia pon dah tak berapa ingat dah peristiwa lampau cuma aku saja yang ambil kesah..heheheheh..kepada budak baru yang bernama Zulaikha Mustafa al Husin, terima kasih sebab maafkan aku...haha..
dipos oleh paan pada pukul 2:06 AM 4 comments
Monday, August 10, 2009
Cintaku tak kesampaian bukan diatas kertas
Apa pun..jangan putus asa…. Jodoh adalah masalah ghaib yang menjadi rahsia Allah, sebagai manusia, kita hanya boleh berikhtiar dan berdoa. Bagi rakan-rakan yang belum mendapatkan jodoh jangan berputus asa, tetaplah berikhtiar dan berdoa. Sudah menjadi janji Allah bahawa semua makhluknya akan berpasang-pasangan. Hanya Allah yang maha tahu bila waktu yang tepat untuk jodoh kita masing-masing. Wallahualam bishowwab..
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…..(QS : An Nuur : 26)
dipos oleh paan pada pukul 12:39 PM 2 comments
Sunday, August 9, 2009
15 Fakta Menarik Tentang Senyum
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” Senyum itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya”. Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan melampau pulak cukup sekadar nya sahaja ok.
dipos oleh paan pada pukul 11:57 PM 5 comments
Tuesday, August 4, 2009
HORMATI IBU BAPA AMALAN BERTERUSAN
TANGGUNGJAWAB BERTERUSAN: Islam menganjurkan anak berbuat baik
kepada ibu bapa walaupun selepas mereka tiada.
ISLAM mendidik umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dilahirkan begitu besar dan tidak ternilai.
Pengorbanan ibu bapa dalam melayari bahtera rumah tangga amatlah besar. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak sejak kecil sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak.
Sehubungan itu, anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24).
FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15).
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda. (Riwayat Muslim)
Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia saja. Bahkan walaupun ibu bapa sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Selain itu, anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka; membayar hutang mereka (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan utama dan berterusan sepanjang masa.
dipetik dari http://www.ipislam.edu.my/
dipos oleh paan pada pukul 12:28 AM 0 comments
Friday, July 31, 2009
aku melukis, melayari internet, cari bahan seni = antisosial
dipos oleh paan pada pukul 3:18 AM 4 comments
Thursday, July 30, 2009
aku bukan lelaki lembut
dipos oleh paan pada pukul 2:30 AM 2 comments
Monday, July 27, 2009
Awat hang marah aku?
dipos oleh paan pada pukul 7:06 PM 4 comments
Tuesday, July 21, 2009
AWAT DUK MARAH-MARAH NI...MEMANG PON!!
dipos oleh paan pada pukul 1:46 AM 5 comments
Monday, July 20, 2009
GERAM NAK TUMBUK ORANG...
dipos oleh paan pada pukul 12:22 AM 0 comments
Saturday, July 4, 2009
kesedihan aku bersama kenangan manis
dipos oleh paan pada pukul 9:58 PM 3 comments
Monday, June 29, 2009
aku suka/cinta susu
luahan hati seorang yang suka minum susu
dipos oleh paan pada pukul 11:28 PM 16 comments
Friday, June 26, 2009
lori..ko betul-betul sengal
dipos oleh paan pada pukul 2:54 PM 3 comments
Tuesday, June 23, 2009
tasha oh tasha
cerita aku kadang-kadang tak merujuk kepada fakta :)
[pengalaman aku saja]
dipos oleh paan pada pukul 2:16 AM 2 comments
Monday, June 22, 2009
senja memandang sepi berlalu pergi
kisah lama aku...
dipos oleh paan pada pukul 4:29 PM 2 comments
Sunday, June 21, 2009
aku suka ayaq pekat
dipos oleh paan pada pukul 5:45 PM 2 comments
Thursday, June 18, 2009
Dulu punya dulu 2003 punya cite
Assalamualaikum...aku ada cerita nak kongsi sikit..pasal hidup aku semasa aku belum matang..masa tu aku baru tingkatan 3..hehe..masa tu zaman sengal-sengal gak la...terikut-ikut dengan game...taksub..masa tu layan game dave mira freestyle bmx..konon nak jadi budak-budak extreme ar masa tu..haha..masa tu kepala kumpulan aku ni si palan ar..pengikut die aku,pizul,tam dan lain-lain..macam ramai ja main ahaha..nak main bmx ni kene ade ramp (pelonjak) baru la meriah sket...nak wat ramp tak ada kayu kayan masa tu..jadi kami pergi masuk kebun sawit orang curi tanah....hahahhaa...kami buat ramp pakai tanah..masa tu isu curi tanah tak kantoi..jadi kami selamat ahahaha....kami buat ramp tu setinggi lutut je...pastu ape lagi..bawak basikal laju dan menuju ke arah ramp..melompatlah kami dengan girangnya..bile melompat ni mesti jatuh punya la..hahaha..jatuh pon nak muka girang jugak la..haha..ada sorang kawan aku tu..lompat dan jatuh pastu ada bunyi kesan seluar terkoyak (preeeiikkk) hahaha...lalu si kawan itu balik menunggang basikal dengan mengepitkan kakinya seberapa rapat yang boleh hehehehe...ada jugak yang jatuh makan tanah..bukan suka-suka je makan...siap tertelan lagi..hehehe...macam-macam la perangai budak-budak dulu...
dipos oleh paan pada pukul 9:55 PM 1 comments
Friday, June 12, 2009
KISAH SI MATI (jangan baca kalau tak tahan tengok gambar ni)
dipos oleh paan pada pukul 1:22 AM 0 comments
Wednesday, June 10, 2009
nak jalan mana cuti ni?
hoho..sudah seminggu cuti berlalu meninggalkan daku..aku masih tidak kemana-mana kecuali lepak di kampung tersayang, hoho..sungguh indah duduk dikampung tiap malam boleh pekena char kuew tiaw penang yang betul-betul holiaaw..aku masih rasa zaman remajaku ketika berada dikampung..bilikku yang tidak berubah..laman rumah yang nyaman..tetapi cuaca sekarang sahaja yang panas..hoho..sungguh panas macam berada di mesir..huu..cuti ini aku banyak menghabiskan masa bersama sahabat handai..sahabat lama..sahabat sejati..teringat kembali kisah dulu zaman sekolah menengah..petang-petang lepak umah member main permainan video..sungguh shahdu..indah sungguh berada di kampung sendiri :)
dipos oleh paan pada pukul 2:01 AM 0 comments
Tuesday, June 2, 2009
bosan itu satu anugerah
dipos oleh paan pada pukul 3:53 AM 0 comments
Friday, May 29, 2009
petang yang indah kat pekan lipis ada orang gaduh
Petang tadi..semasa parking moto agg ku...aku beli majalah gempak seperti biasa..kelihatan seperti ada pertelingkahan manja antara penduduk setempat dengan seorang driver lori yang sengal...ari ni ari jumaat..tiap ari jumaat memang ade pasar malam...aku pelik sebab ade lori besar masuk kat jalan pasar malam tu...jadi..menimbulkan satu kekecohan yang girang disitu...di depan seven eleven...memang rancak pertengaran yang berlaku..aku rasa macam besh tengok gelagat mereka yang baran dan manja..haha...yela..memang salah driver tu..sape suruh masuk jalan sempit..memang nak cari pasal..sedang mereka sumua girang bergaduh..kelihatan 3 orang wira sakti kayangan dari langit (polis ensem) turun menyelamat dan mengawal keadaan..aku pon makin teruja..polis itu menyuruh driver tersebut untuk undur kebelakang..dan terus ke pondok polis berdekatan..hahaha..lepas abis selesai sumenye..baru la aku membeli gempak dengan hati yang tenang...hehehehe :)
dipos oleh paan pada pukul 6:56 PM 0 comments
Wednesday, May 27, 2009
kau pergi jua encik Baim
Petang tadi aku ke anjung selera dengan berpakaian serba hitam..macam biase..petang tadi ade sedikit jamuan..haha..sengal event tak bagitaw lagi..petang tadi ade majlis perpisahan dengan seorang pensyarah seni dan seorang junior aku yang bertukar maktab..sape pakcik depan aku ni? haha..ni la pensyarah seni aku yang paling otai...encik baim atau vokalis lecturer de band..hahaha...die ni banyak aja aku tentang painting..dulu aku penah kena maki ngan die gile-gile sebab aku curi painting die pastu aku ubah balik 100% painting die..hehe..memang besh lepak ngan die..ibarat kawan-kawan..terbuka je minda die ni..tak kisahlah ko nak sembang pe..papepon syok makan dengan encik baim petang tadi..nampak muka encik sedih..didalam..bukan diluar..diluar kamu hanya menahan sebak saja...hehe...semoga sihat-sihat selalu encik baim :)
dipos oleh paan pada pukul 8:00 PM 4 comments
Tuesday, May 26, 2009
ROADTAX = SLIP PEPERIKSAAN??
dipos oleh paan pada pukul 5:42 PM 4 comments
Sunday, May 24, 2009
PAGI yang sakit
dipos oleh paan pada pukul 11:11 AM 3 comments
Thursday, May 21, 2009
makin lama makin senang..tapi sampai bile??
Alhamdulillah..aku dah pon berjaya menjawab kertas peperiksaanku iaitu pendidikan seni...sampai sekarang KAMI masih mendapat soalan-soalan spot yang berdinamika lagi jitu keras padat dan mampat...daripada semalam aku runsing cari soalan spot akhirnya dapat..terima kasih atas saudara kevin kerana menolong aku...nanti aku belanja ko kebab daging kambing biri-biri salji di ufuk timur taktala matahari terbit di sebelah pagi yang mengasyikan menusuk kalbu hati sanubariku...perggghh..panjang tol name kebab tu..bese la..kebab yang paling susah jumpe..ape pon ari ni..aku berasa sangat bertuah dan bersyukur sebab dah lepas kertas yang kedua..hahaha..harap masih ade harapan lagi untuk dapat spot untuk paper yang seterusnya...yakin bolehh..
dipos oleh paan pada pukul 6:00 PM 3 comments
Saturday, May 16, 2009
selamat hari guru...terima kasih cikgu...
dipos oleh paan pada pukul 9:08 PM 4 comments
Friday, May 15, 2009
RINdu saHAbat lama.....
SAHABAT....kadang-kadang kau buat aku gembira..kadang-kadang kau buat aku sedih...tapi bile aku sorang-sorang aku rindu lak kat kawan-kawan lama aku...aku rindu zaman aku budak-budak...zaman aku main dam pastu kene denda ngan cikgu..zaman main baling selipar sampai terbaling kat kepala...main baling-baling gam kene baju...huuuu aku rindu sume tu..kalau la dulu mase aku kecik aku ade handycam...akan aku rakam sume kenangan-kenangan mengamit limpa aku tu....waaaaaaaaaaaaaaaaa.....aku nak tanya korang sume ni..korang penah tak ade sahabat yang betul-betul macam sahabat yang sebenarnya..? sebab aku rase lain sangat bile bersahabat di usia 20an ni...macam-macam ragam ade ek? haha..tahla..ade yang suke curi suar dalam..ade yang suke bergayut atas pokok...dan ade mementingkan diri sendiri..kadang-kadang aku pon penting diri sendiri jugak..haha...tapi hakikatnya..adakah sahabat ngan kawan ni boleh dianggap sama..atau sahabat ni memang macam rakan..hahaha..tah la ape aku merepek ni..ape pon..di usia 20an ni aku dah kenal macam-macam orang la...mungkin ade yang masih tercari-cari siapa sahabat sejati yang sebenarnya..yang boleh mendalami hati kita ni..aku rindu saat-saat aku dimana aku ade sahabat sejati dan masih sekarang masih kekal hingga kini..alhamdulillah..syukurnya bila ada sahabat yang macam tu kan..
dipos oleh paan pada pukul 12:26 PM 3 comments
Thursday, May 14, 2009
Konvomu bukan konvoku....
Assalamualaikum kawan...hari ni dalam sejarah aku penat sangat macam jalan kaki naik tangga batucave...huu..maklum la ari ni dan semalam aku wat bisnes jual cenderamata sempena majlis konvo KPLI...huu..memang penat la bukan nak tipu tapi benar aku penat..hahaha..sekarang ni aku dah ade banyak tempahan yang perlu disiapkan.. (T_T) tapi xpela baru nak mula kan...ape orang kate lame-lame nanti jadi bosan...hehehe..xdela gurau ja...sambil-sambil buat bisnes ni aku tengok macam-macam perangai orang-orang kat sini..haha...tengok la kegelinjangan masyarakat di sini..kadang-kadang...macam bosan..kadang-kadang woooww...lawanya kakak tu..hahaha..mata ni melihat segala visual yang ada..sepanjang aku berada kat tapak jualan ni..aku belajar macam-macam benda..komunikasi yang paling istimewa.....sebabnya..aku ni susah nak cakap ngan orang luar ngan girangnya...sejak aku bukak gerai kecik aku ni..aku dah kenal ngan abang jual bunga..abang photographer...haha tapi semalam lepak ngan abang dan kakak jual bunga yang paling memberangsangkan...sampai kol 2pagi,dah macam sedara mara lak rase..mungkin mereka ni sporting tahap lori..haha..yela macam-macam aku sembang termasuk la kes babi hutan yang suke meronda kat maktab aku ni lewat malam...hahahaha..ape pon setiap perkenalan tu mesti ada manisnya..dan setiap pertemuan ada perpisahan...huuu... rindu lak kat diaorang semoga aku dapat berjumpa ngan diaorang sume konvo taun depan lak...haha...papepon aku kene siapkan tempahan-tempahan potret ni dulu!!! (T_T)
dipos oleh paan pada pukul 10:24 PM 0 comments
Wednesday, May 13, 2009
Assalamualaikum kawan blog sume..ini blog kedua aku :)
Assalamualaikum kawan-kawan sume...haha...baru hari ni baru aku nak merasmikan post entry pertama blog kedua aku..haha..kali ni bukan pasal artwork ke ape..kali ni betul2 pasal idup aku la..hahaha.macam blog orang2 lain..hahaha...baru la puas ati aku nak taip ape yang aku nak kan...baru la aku leh menggoreng ayat-ayat impak maksima...haha...minggu ni aku betul2 sibuk ngan kerja-kerja untuk majlis konvo untuk akak2 abang kpli xlama lg..pastu sok lak aku kene settle gerai konvo aku..haha..aku nak jadi peniaga lak..walaupon lomah matematik..hehehhe..malam tadi aku pegi dewan susun bunga je...muak lak rase tengok bunga banyak2 ...kalau budak pompuan bukan main suke..kalau aku bunga tu aku kunyah-kunyah je ibarat sirih kasih..hahaha..ok la kawan-kawan..ini aje yang mampu aku taip pagi bute ni..harap pasni ade lagi banyak idea untuk menggoreng cite-cite panasss...hahaha
dipos oleh paan pada pukul 2:14 AM 0 comments