Monday, October 31, 2011

Penyeri kata

Sudah lama aku menyepi dalam dunia blog. Hari ini dan perasaan ini membuatkan aku mahu untuk mengemaskininya semula. Seperti biasa kisah coretan hidup pencacai kelas sederhana kembali. Tahun ini merupakan tahun terakhir aku belajar di tempat ini dan aku sudah pun kini berada dalam zon selesa...hanya beberapa minggu saja lagi yang tinggal untuk menamatkan pelajaran dan bakal mendapat segulung kertas yang dinamakan ijazah. Hari makin berlalu dan kenangan juga turut memberi kesan hidup untuk terus bersyukur dengan apa yang aku ada. Banyak kisah yang aku mahu ceritakan sehingga terbit perasaan ingin menulis sebuah novel sebanyak 650 muka surat. Semuanya berkisar tentang pengalaman hidup yang mengajar aku erti menerima dan melepaskan. Apa pun yang aku rasa ini, tetap perasaan yang sama. Masih banyak lagi perkara yang aku masih perlu belajar. Sekian saja untuk hari ini. Aku mungkin akan menulis lagi.


0 Comments:

anugerah dan kesyukuran | paanituaku