Sunday, December 26, 2010

kais pagi dan petang


Semua orang ada tanggungjawap...atau amanah...tak kira anak, mak dan sebagainya...dengan tugas yang diberi, kita tunaikan amanah yang kita pikul ini...walaupun pahit untuk ditelan...telanlah ia untuk kesenangan akan datang...bukan untuk bersenang-lenang...bukan untuk bersuka ria...perjalanan sangat jauh...aku harus kental untuk hidup...kais pagi dan kais petang sahaja yang selalu diperkatakan...nanti aku cuba kais tengahari...mana tahu dapat rezeki...mudah-mudahan...

Friday, December 10, 2010

Mengapa bosan?

Mengapa sering kali dilihat di dalam facebook...perkataan bosan sering kali memancar di status sesetengah orang....aku juga runsing dan pelik mengapa harus bosan...hehe...adakah kerana tiada kerja untuk dibuat di rumah terutama sekali pada cuti semester yang agak panjang ini...bagi aku jika bosan...buatlah perkara yang belum pernah anda buat...perkara yang baru atau hobi yang yang baru...mungkin akan mengikis rasa bosan ini... bila kita di tempat belajar kita akan stress dan bila kita di rumah kita bosan pula...hehehe...cuba renungkan apa yang kurang dalam diri ini...mungkin dapat diperbaiki...belajarlah sesuatu yang baru sepanjang cuti yang bahagia ini :)

Monday, December 6, 2010

Makan angin

Sekarang aku berada di Meru. Menghirup udara bandar yang kian nipis sambil merasakan bahang enjin sekeliling aku...melihat manusia terlepas dari sangkar masing-masing...meneruskan hidup menerusi jalan yang tidak lengang...kepala juga sudah jarang rambutnya...gara-gara memikirkan hutang dan sebagainya...hahaha...berjela aku mengarut...aku makan angin di Kuala lumpur secara tak sengaja bersama sahabat aku Fazlan...Lama sudah aku duduk di rumah...kini giliran aku untuk berjalan...Alhamdulillah laptop aku sudah kembali normal....jadi senanglah aku untuk mengemaskini blog ini semula...apa yang hendak aku coret pun makin lama sudah kekurangan isi didalamnya...pengertian pun merapu dan meraban...aku sekarang dalam proses pengubahsuaian...Paan 2.0 bETa...hahahaha...mari membuat anjakkan paradigma!

anugerah dan kesyukuran | paanituaku