Tuesday, January 26, 2010

kemaafan itu pasti ada



Pagi ini...sangat hening...aku mendengar klasik fm...radio yang sememangnya ramai orang tak suka dengar...tapi bagi aku banyak input yang aku dapat apabila mendengar slot-slot yang memberi motivasi yang amat berguna buat aku...topik pagi ini...kenapa sukar untuk memaafkan...Ramai pendengar-pendengar memberi respon yang agak baik tentang topik kemaafan ni...ada yang berkata kemaafan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata dek maruah yang tercalar...sampai akhirat pun tak akan maafkan...ada yang ambil ringan...maafkan saja insan itu...aku juga pernah buat silap...sama macam manusia lain...slot pagi ini agak memberi kesan pada aku...kenapa susah kita memaafkan orang lain...kenapa perlu kita membenci seorang insan yang membuat salah pada kita...banyak pandangan yang diberikan oleh pendengar sebentar tadi...ada yang mengatakan bahawa ada sebab orang itu tidak memaafkan seseorang. Atas sebab kemarahan yang melampau...kecurangan...kasihan aku mendengar rintihan pendengar...moga hati kita ini terbuka untuk memaafkan dan memberi kemaafan...Sedangkan Allah Maha Pengampun...mungkin ada hikmah di sebalik kemaafan...memaafkan seseorang itu lebih baik daripada menjatuhkan hukuman kepada seseorang...memberi kemaafan juga dapat menghapuskan dosa-dosa kecil...tiada insan yang tidak pernah melakukan kesilapan...


Sunday, January 17, 2010

Tragedi 1995 - Dikejar Apek



Dulu masa aku di bangku sekolah rendah pada tahun 1995, sebelum aku masuk darjah dua...aku berkawan rapat dengan seorang sahabat pertama aku yang berama Zafri. Aku mengenali beliau sewaktu di tadika Kemas lagi...kami selalu bermain bersama dan selalu berkepit bersama...kini beliau sudah tidak dapat dihubungi lagi selepas beliau berpindah ke Ipoh bersama keluarga selepas darjah dua...aku ada sedikit kenangan nak kongsi bersama anda semua...kenangan ni mungkin agak serius lagi suspen...OK...Aku nak cerita fasal kenangan aku dikejar oleh seorang apek tua sewaktu hendak ke rumah Zafri. Kenapa aku kena kejar?? apa salah aku?? adakah aku mengorat anak apek tersebut?? OK Aku beritahu sebabnya....Sebabnya aku dan adik-adik aku menyeberangi batas apek tu....dia baru saja menanam biji benih sayurnya...kami pula masih budak-budak dan tidak tahu apa-apa..kami pun redah la sampai hancur batas apek tadi...Apek itu dengan marahnya mengejar kami semua...Berdesup bagaikan lintah kami lari akibat ketakutan dengan gigi palsu apek tersebut....hoohooo, agak suspen macam dalam filem Puteri Gunung Ledang kami lari...meredah semak samun merentasi kolam sebelum sampah ke rumah...Setibanya di rumah badan sudah calar balar akibat terkena lalang...balik rumah pula mandi sakit-sakit dan badan pula gatal-gatal....hahahaha....indahnya....


::pelan kami berlari::

Friday, January 15, 2010

fesyen rambut 1999


Pada tahun 1999, masa itu aku baru darjah 5...kami sebagai murid-murid busuk berlari ke sana sini amat meminati lagu dari kumpulan Newboyz. Sudah pasti ramai yang kenal Newboyz ni dan sememangnya orang lelaki amat membenci gaya pemakaian kumpulan ini...hahaha..yeke? namun bagi kami budak-budak sekolah yang banyak hingus...kami sangat mengagumi teknik sikatan rambut tomok yang agak fantastik. Walaupun agak jambu lagi ayu..kami beramai-ramai cuba untuk membuat gaya rambut Tomok. Maklumlah rambut melekat itu hensem...tapi aku tak boleh sikat belah tengah macam tomok sebabnya aku dah selalu sikat belah tepi (rambut budak baik). Bagi sesiapa yang sikat belah tengah, kami akan panggil beliau mat bunga tak pun mat jiwang sebab jiwang macam lagu Newboyz...haha..agak sengal gaya rambut tahun 1999...tapi tetap manis dalam ingatan aku...sungguh manis.

Tuesday, January 12, 2010

aku yang melihat petang



Petang ini masih tertanya-tanya masihkah ada harapan...melihat pada langit luas...biru langit yang semakin pudar warnanya...awan yang berarak pergi meninggalkan kesan angin...aku di sini masih nyata...masih memerlukan penyokong hidup...entah siapa yang mengerti akan perjalanan ini...perjalanan yang kian usang...masih mencari erti sebenar satu komunitas...beradu dalam satu salur nyawa...menggarap satu cita yang kian membara...masih menunggu jawapan...masih mencari satu jalan tegak...aku ingin bersuara...ke mana harus ku lontarkan...masih diam membisu di tebing keluh kesah...


Monday, January 11, 2010

cara untuk berjimat



Ya sekarang sudah musim kegawatan ekonomi...semua barang dah naik harga...jadi sebagai seorang pelajar kita harus membuat satu anjakkan paradigma untuk mengatasi masalah kekeringan wang...apa yang kita boleh buat ialah...yang pertama, kalau nak berkawan...pastikan kawan anda mempunyai kuali yang banyak serta mempunyai alat untuk memasak supaya anda boleh menumpang makan makanan yang dimasak. Yang kedua, cari kawan yang ada motosikal supaya anda boleh menumpang kawan anda pergi ke kuliyah atau pergi ke pekan. Yang ketiga, cari kawan yang betul-betul tiada selera makan...supaya anda boleh mengambil sedikit bahagian makanan kawan anda apabila dia sudah tidak berjaya mengabiskan makanannya. HAHAHA...ini hanyalah sekadar nasihat yang agak sengal...kalau terasa hendak buat silakan ya untuk mendapat satu penyepak sulung peribadi percuma dari kawan anda :)

::sekadar hiburan::

anugerah dan kesyukuran | paanituaku