Thursday, August 20, 2009

kaki bodek,kaki cemburu,kaki tikam belakang?

Entri kali ni aku tulis khas untuk si pendengki kepada orang-orang berjaya sekali gus menaikkan lagi semangat orang yang nak berjaya tapi ada orang dengki..hehe..jangan marah..jelas sekali sifat dengki susah untuk dibendung..ya murid-murid...pernahkah dalam hidup anda..anda nak buat sesuatu yang anda rasa ikhlas tanpa sebarang sebab lain yang negatif untuk menaikkan sesuatu dan menjayakan sesuatu benda yang baik TETAPI ada orang yang tidak berpuas hati dengan usaha anda itu? bukan tidak berpuas hati anda buat yang terbaik dan mahu anda buat lebih baik dari itu..tapi ORANG itu sangat DENGKI dengan pencapaian anda?? ya saya rasa ia benar..bukan semua orang suka kita dapat sesuatu yang lebih dari orang lain dan tak semua orang berpuas hati dengan sesuatu yang dia ada bukan? bergitulah asam boi kehidupan..kenapa kita tak bantu sahaja orang itu..janganlah kita kutuk sahaja..tikam dan sembelih orang itu sampai dia jatuh tengelicir jatuh menjilat tanah..haha...yeke?? contoh dengki macam mana?? haa...contoh dia macam ni..aku sangat iri hati dengan gambar makcik yang berhidung besar ni! kenapa??? sebab hidung dia besar dan boleh sumbat peti ais..hahahaa..harap anda boleh beza dan kenal la orang yang macam mana kaki bodek, kaki cemburu, dan kaki tikam belakang..semuanya berkait rapat..orang suka bodek kadang-kadang jadi kaki tikam belakang dan orang yang kaki tikam belakang ni selalunya kaki cemburu..tak gitu?..hahaha..awak fikirlah sendiri.. oleh itu..mesej yang tak sengaja aku ingin sampaikan pada hari ini ialah..marilah kita bersama-sama menuju kejayaan..jangan patahkan kejayaan orang lain..kalau dia boleh berjaya kita pun sama-sama juga hendak berjaya..jangan berjaya tikam orang itu sampai jatuh menyapu lantai..tak gitu makcik hidung besar?? hahahaha

Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri vokalis Rabbani meninggal dunia..Al-Fatihah...

KUALA LUMPUR 13 Ogos (hrkh) - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira 11.15 pagi ini. sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat...

dipetik dari Zam

Wednesday, August 12, 2009

WAAAH! apa kena dengan blog aku!

Hari ini aku telah dikejutkan dengan fenomena blog ganjil..kenapa??? aku punya blog update hilang secara tiba-tiba!! mana?? kat mana kau pergi!!? macam mana aku nak baca blog orang lain macam ni.........huhu.....bosan la aku..kalau hilang kejap takpala...ni dah nak dekat satu hati dah ni...ada sesiapa boleh tolong aku tak selesaikan masalah pelik ni..?? tolong aku...huhu...

ketua darjah punya cerita

Pagi ni..teringat pula kisah kecil-kecil yang dulu kononnya cintakan power rangers merah jambu..haha..tapi aku bukan nak cerita kisah power rangers lima sekawan tu..aku teringat cerita masa darjah lima..permulaan ceritanya bermula apabila ada seorang budak baru yang baru pindah ke sekolah aku..heheh..aku ni mempunyai pemikiran yang agak mentah pada masa tu..kebetulan budak baru tu budak bandar..jadi kami ni macam tak berapa nak suka cara dia..lepas tu nak dijadikan cerita..budak baru ni secara tiba-tiba mendapat jawatan ketua darjah..masa tu..ketua darjah memang telah dilantik iaitu kawan aku sendiri yang bernama firdaus..aku rasa cikgu kot yang bagi kuasa tu kat dia..haha..aku dan rakan-rakan boikot habis la..macam bangkang PPSMI..haha..aku ingat lagi, masa tu kami semua kutuk-kutuk budak baru ni..hehe..sampai dia menangis dan terus cabut tanda nama ketua kelas dia dan memulangkan kepada si firdaus kembali..hoho..

Aku dan rakan-rakan semua masa tu kecut perut tengok budak baru tu nangis..dah rasa macam melampau pula kutuk dia..baru kami sedar kami salah..huhu..pemikiran tak matang..ahahaha..aku pon rasa sangat bersalah pada budak baru itu..sampai aku tak minta maaf pada dia..hingga beberapa tahun lamanya..akhirnya pada tahun lepas..aku berjaya mendapat nombor telefonnya dan aku telefon dengan rasa menyesal..dia pon dah tak berapa ingat dah peristiwa lampau cuma aku saja yang ambil kesah..heheheheh..kepada budak baru yang bernama Zulaikha Mustafa al Husin, terima kasih sebab maafkan aku...haha..

Monday, August 10, 2009

Cintaku tak kesampaian bukan diatas kertas

Cintaku tak kesampaian dan cintaku bukan diatas kertas..apa kena mengena ya aku nak merapu kali ini..erm..sebenarnya aku nak kongsi sedikit cerita cinta tak kesampaian ni..agak menarik walaupun agak menyedihkan juga haha..aku harap semua orang tahu apa itu cinta tak kesampaian ni..kira macam cinta bertepuk tangan la..eh sebelah tangan..semalam aku berborak la dengan seorang sahabat chatting yang sedikit kecewa atau kecewa pada tahap kecewa dewa dewi..sebab fasal cinta tak berapa nak sampai..aku rasa aku pun ada cinta tak sampai ni cuma malas la aku nak cerita tentang kehandalan aku dalam mendapat cinta ditolak yang paling banyak..yela..mesti ada jugak rasa kecewa kan dan paling kurang mesti nangis dalam almari bukan..haha..jamban tak main la..orang mesti tahu punya..hehe..Tapi semalam memang kawan aku kecewa sebab..orang yang dicintai itu..sangat ramah dan mungkin memberi harapan..aku pun tak tahu nak hurai macam mana iaitu ramah sama dengan memberi harapan...bila difikirkan balik mungkin kita rasa lain la..hati makin suka bila seseorang yang kita suka sangat ramah dengan kita..secara tak langsung kita akan menaruh sedikit harapan pada si dia..hoho..aku pun macam tu juga la..yang paling mengecewakan ialah bila..kita tahu orang yang kita suka itu sudah ada yang berpunya..apa lagi nak dikata..tepuk perut tanya selera la...Tuhan sahaja yang tahu hati kita macam mana masa itu..

Apa pun..jangan putus asa…. Jodoh adalah masalah ghaib yang menjadi rahsia Allah, sebagai manusia, kita hanya boleh berikhtiar dan berdoa. Bagi rakan-rakan yang belum mendapatkan jodoh jangan berputus asa, tetaplah berikhtiar dan berdoa. Sudah menjadi janji Allah bahawa semua makhluknya akan berpasang-pasangan. Hanya Allah yang maha tahu bila waktu yang tepat untuk jodoh kita masing-masing. Wallahualam bishowwab..

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…..(QS : An Nuur : 26)

Sunday, August 9, 2009

15 Fakta Menarik Tentang Senyum


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

” Senyum itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya”. Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan melampau pulak cukup sekadar nya sahaja ok.

Tuesday, August 4, 2009

HORMATI IBU BAPA AMALAN BERTERUSAN


Rasulullah anggap menderhaka kepada orang tua dosa besar selepas syirik

TANGGUNGJAWAB BERTERUSAN: Islam menganjurkan anak berbuat baik
kepada ibu bapa walaupun selepas mereka tiada.


ISLAM mendidik umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dilahirkan begitu besar dan tidak ternilai.

Pengorbanan ibu bapa dalam melayari bahtera rumah tangga amatlah besar. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak sejak kecil sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak.

Sehubungan itu, anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24).

FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15).

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda. (Riwayat Muslim)

Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia saja. Bahkan walaupun ibu bapa sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Selain itu, anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka; membayar hutang mereka (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan utama dan berterusan sepanjang masa.

dipetik dari http://www.ipislam.edu.my/


anugerah dan kesyukuran | paanituaku