Sunday, December 26, 2010

kais pagi dan petang


Semua orang ada tanggungjawap...atau amanah...tak kira anak, mak dan sebagainya...dengan tugas yang diberi, kita tunaikan amanah yang kita pikul ini...walaupun pahit untuk ditelan...telanlah ia untuk kesenangan akan datang...bukan untuk bersenang-lenang...bukan untuk bersuka ria...perjalanan sangat jauh...aku harus kental untuk hidup...kais pagi dan kais petang sahaja yang selalu diperkatakan...nanti aku cuba kais tengahari...mana tahu dapat rezeki...mudah-mudahan...

Friday, December 10, 2010

Mengapa bosan?

Mengapa sering kali dilihat di dalam facebook...perkataan bosan sering kali memancar di status sesetengah orang....aku juga runsing dan pelik mengapa harus bosan...hehe...adakah kerana tiada kerja untuk dibuat di rumah terutama sekali pada cuti semester yang agak panjang ini...bagi aku jika bosan...buatlah perkara yang belum pernah anda buat...perkara yang baru atau hobi yang yang baru...mungkin akan mengikis rasa bosan ini... bila kita di tempat belajar kita akan stress dan bila kita di rumah kita bosan pula...hehehe...cuba renungkan apa yang kurang dalam diri ini...mungkin dapat diperbaiki...belajarlah sesuatu yang baru sepanjang cuti yang bahagia ini :)

Monday, December 6, 2010

Makan angin

Sekarang aku berada di Meru. Menghirup udara bandar yang kian nipis sambil merasakan bahang enjin sekeliling aku...melihat manusia terlepas dari sangkar masing-masing...meneruskan hidup menerusi jalan yang tidak lengang...kepala juga sudah jarang rambutnya...gara-gara memikirkan hutang dan sebagainya...hahaha...berjela aku mengarut...aku makan angin di Kuala lumpur secara tak sengaja bersama sahabat aku Fazlan...Lama sudah aku duduk di rumah...kini giliran aku untuk berjalan...Alhamdulillah laptop aku sudah kembali normal....jadi senanglah aku untuk mengemaskini blog ini semula...apa yang hendak aku coret pun makin lama sudah kekurangan isi didalamnya...pengertian pun merapu dan meraban...aku sekarang dalam proses pengubahsuaian...Paan 2.0 bETa...hahahaha...mari membuat anjakkan paradigma!

Saturday, November 27, 2010

Andai aku mampu mengubahnya


AKU seorang periang....dan seorang yang murung....masih mencari erti satu kehidupan yang benar-benar selesa... Menangis melalui kehidupan, senyum melalui kehidupan? semuanya sudah pernah... Ada perkara yang patut aku ubah untuk baiki diri ini...aku mahu jadi baik...aku mahu jadi baik...aku mahu jadi baik...

kalau aku dapat berubah...aku rela jadi seorang manusia yang skema...

bebas dari fikiran jahat....

jauh dari fikiran kotor...

terlepas dari kehidupan yang gelap...


MAAF...AKU BUKAN SEMPURNA...



Friday, October 29, 2010

Aku mahu kayuh laju...dan laju...

Maklong aku atau Yong....sangat sayang kepada aku semasa aku kecil....selalu membawa aku menghirup angin petang di bendang....pernah sekali aku terjatuh bersama yong ketika dahulu semasa menaiki motor....terima kasih kerana sayangkan aku...ini memori yang sangat lampau...

Sunday, August 1, 2010

kencing paling jauh

Minggu lepas...semasa perhimpunan pagi isnin...satu perkara menggemparkan telah berbangkit dengan rasa suspen...seorang guru memanggil nama-nama murid yang telah melakukan kesalahan datang ke depan...aku terpinga-pinga memikirkan apakah kesalahan murid itu...rupa-rupanya, KENCING DI PILI AIR....nampaknya mereka buat pertandingan siapa kencing paling jauh dan tepat ke pili air tersebut...amat kreatif murid-murid ini :)


nilai moral : jangan kencing merata-rata....




Tuesday, July 27, 2010

prestasi yang makin jatuh

Prestasi hari ini sangat merudum dengan begitu hampa...walaupun idea masih ada...aku tidak dapat buat yang terbaik...mood sudah hilang dan fikiran yang tidak menentu...oh....aku mahu makan banyak untuk hilangkan stress yang ada :) aku harus guna kelemahan untuk mengatasi kelebihan yang aku tiada...guna peluang sebaiknya....



Saturday, July 17, 2010

selamat dari kecelakaan

Syukur pada Allah...hari ini mungkin satu petanda buat aku...untuk terus mengingatiNYA...tangan aku masih bergetar...fikiranku masih melayang....aku hendak rehat....nasihat aku kepada kawan-kawan....jangan bawa kenderaan ketika fikiran anda tengah melayang....






aku tidak ada upaya...

Hari demi hari...perjalanan kian mencabar...meneruskan kehidupan...mencari rezeki...untuk menyara diri ini...susut tubuhku kini mengoncang ombak ketabahan...masih cuba tidak peduli akan sesuatu...buatlah yang terbaik untuk diri ini...kemana semangat yang hilang....kemana awan yang lalu...masihkah aku akan terkurung di dalam peti yang penuh ulat....gelap yang penuh penderitaan...mari lihat awan pagi....tapi mendung hari ini....sedih....malas nak basuh motor yang dah comot....

Friday, July 16, 2010

Alhamdulillah sedang mencuba yang terbaik....

Gambar di atas ni adalah gambar anak murid aku...namanya Rasyid atay nama timangannya adalah Que Haidar sebab mukanya memang mirip wajah pelakon tersebut...masa kali pertama mengajar darjah 6...Rasyid sangat pasif dan agak perlahan untuk melukis...walaupun perlahan...Rasyid masih tekun melukis sampai siap...jika aku berada di sebelahnya...membimbingnya melukis dengan yakin...Hari ini Rasyid boleh melukis dengan yakin...Rasyid melukis tiga gambar hidupan laut di atas kertas manila! Kali ini aku beri Rasyid melukis dengan pen marker...untuk menambah keyakinan beliau untuk melukis...kalau salah tidak boleh padam semula...jadi Rasyid harus fokus lebih dari kelas yang sebelumnya...Tahniah Rasyid...kalaulah aku juga tekun seperti kamu dulu....aku juga mahu buat yang terbaik...




Sunday, July 11, 2010

masih dibenci atau dicaci...


Sememangnya hidup ini tidak lepas dari dibenci dan kebencian yang menyelubungi diri...namun apa yang perlu adalah ketabahan untuk mengharungi semua itu...peluang yang ada gunakanlah sebaiknya...walaupun penyesalan dan ketidakterimaan seseorang itu membuatkan kita berasa kecewa dan juga gelisah....harus ada penerimaan secara total tentang kesalahan yang telah dilakukan....walaubagaimanapun aku masih menyedari kesalahan aku masih berada di tahap tidak boleh diterima...aku mengaku bahawa diri ini terdapat berjuta kesalahan...dan kemaafan dari seseorang yang sangat sukar untuk diberikan...susah bukan...mengharungi denai berduri untuk sampai ke destinasi...masih sakit dan masih jauh perjalanan yang hendak dilalui....aku harus tahan luka ini...membiarkan diri ini luka....dan akan pasti sampai juga ke destinasi...



Saturday, July 10, 2010

masih belum lelap...hari yang malap aku redah...


Malam ini penuh kesunyian yang memecah sepi di jiwa ini...sering kali aku terfikir melangkah dalam dunia yang aku tempuhi ini...penat lelah dan keringat kepayahan yang aku pikul kian berat mengoncang ketabahan...dan sering kali aku teringat akan kesusahan orang yang di bawah...siapalah diri ini untuk bersungut memanggil kata sia-sia...apakah daya ini cukup untuk menggalas kesemuanya...biarlah sengsara ini aku seorang yang menyimpannya...asal hati mereka dan mereka yang aku sayang selesa dan senang...hidup ini perlu banyak kesabaran...mengikut denai masa yang kian pudar...adakah masih sempat untuk pusing kembali ke titik mula...teruskan...jalan ke hadapan...tidak mengapa...aku sedar ia masih jauh...dan perlahan-lahan aku cuba bangkit........


paan


Friday, July 9, 2010

Masih memiliki kehilangan


Assalamualaikum...sudah lama aku tidak online buat masa ini...agak sibuk dengan urusan praktikal fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Chenua. Aku masih lagi menyewa di rumah abang Din sewaktu aku praktikal di Sekolah Kebangsaan Chat dulu...jodoh aku masih disana barangkali...masih sayang pada sekolah lama...tapi aku harus tumpukan perhatian sekeras-kerasnya pada sekolah yang baru...kerana aku akan mengajar pendidikan moral untuk kursus minor aku. Bercakap tentang pendidikan moral...aku tidak mengajar anak orang cina ataupun india...tapi...aku mengajar anak orang asli...di Sekolah Kebangsaan Chenua, hanya ada pelajar melayu dan pelajar asli sahaja...

Pengalaman mengajar anak orang asli agak baru bagi aku...pada mulanya memang agak sukar untuk menyesuaikan diri mengajar mereka kerana mereka sangat pasif dan juga sangat pemalu yang tidak terkata...mungkin kerana mereka merasa rendah diri dikalangan pelajar melayu...ada juga yang nakal dan lincah sehingga menarik perhatian aku untuk mengenali mereka dengan lebih dekat...sejak mengajar anak orang asli, aku mula belajar bahasa Semai dengan pelajar tahun lima. Selalunya mereka sukar bercakap dalam bahasa melayu dan aku mungkin hanya menjadi bahan umpatan mereka jika aku berdekatan dengan mereka..agaknya la..hahahah......sekarang ini sudah 2 minggu mengenali anak murid aku...dan aku sudah faham sikit-sikit perangai mereka...mereka memang suka menyanyi dan suka berborak tentang kehidupan seharian mereka...kadang-kadang sampai 2 jam tidak berhenti berborak bersama aku...terutama sekali Safuan,Kelana dan Sazali...pelajar paling aktif dalam kelas aku...petah berkata-kata dalam bahasa semai, jakun dan melayu...ahahaha...aku pun masih terikut-ikut dengan pelat mereka, dan memang kelakar kalau nak diikutkan bercakap mengikut laras bahasa mereka... Oklah sampai disini sahaja aku menulis pada hari ini...cuba untuk gembira wahai si Paan...tabahkan hati...seperti mereka yang kental dan tersenyum selalu...



Monday, June 21, 2010

ada kalanya aku tersenyum

Aku yang masih seperti dulu...dalam era menuju satu matlamat jitu...perlu ada satu kombinasi keceriaan dalam kehidupan...menolak kesedihan yang belum tentu akan hilang...aku perlu sedar tentang hala tuju aku...tidak boleh memandang enteng begitu sahaja...harus kuat...harus tabah...semua ini adalah dugaan yang harus aku tempuh...aku harus redah semua ini biar apa pun yang berlaku...aku tetap berdiri teguh...jangan goyah...jangan gelisah...kerana hanya aku yang dapat membuat perubahan itu...bukan siapa-siapa...




Saturday, June 19, 2010

sedih


Menurut al kindi, “sesungguhnya manusia cenderung ingin memiliki banyak hak yang tidak primer dalam menegakkan jati dirinya dan kebaikan hidupnya. Semuanya mebuatnya menderita dalam mencarinya, bersedih kerana kehilangannya, dan menyesal kerana berlalunya. Setiap yang hilang dari keinginannya adalah musibah, setiap yang berlalu adalah penyesalan, dan menunggu yang tidak ada adalah kesedihan dan keresahan…”



sepi dengan kata-kata

Assalamualaikum...

Lama sudah aku tidak mengemaskini penulisan aku di blog ini...ku harapkan sesuatu sinar harapan muncul tapi apa yang berlaku hanyalah kemalapan pada sinar itu...biarpun aku sendiri menerimanya dengan hati yang belum cukup utuh...ia langsung tidak dapat membantu perasaanku untuk tabah menggenggam harapan yang lalu... Kini aku sepi dengan kata-kata...tindakkanku untuk melukis adalah sekadar melepaskan segala penyesalan dan kesedihanku...membawa diri menerusi liku-liku yang menyakitkan ini...terus nafasku bukan sekadar untuk dibelai dengan kesedihan...harus ada keindahan itu...tapi aku masih belum menjumpainya... ku harap setiap yang berlaku ada jawapan dan setiap persoalan dalam diri kian lenyap... Aku sudah gehil memikirkan kekusutan yang melanda... Oh Tuhan berilah aku kekuatan...


Wednesday, May 26, 2010

Di saat otak berlari pantas...

Di malam ini....kelihatan seekor kupu-kupu melompat kegembiraan...masih belum boleh untuk terbang...aku hanya mampu menahan gelak melihat anak kupu-kupu yang melompat....entah bila aku mahu jadi rajin seperti kupu-kupu itu...tak berhenti mencuba untuk terbang dengan sayapnya yang kecil...harus kagum dengan si kupu-kupu kecil...

Malam ini...dingin membeku meniup kalbu....seorang anak muda yang masih belum tidur...masih belum cukup utuh ilmu di dadanya...masih memegang serpihan nota-nota esok....terkumat kamit mulutnya berkata yang bukan-bukan...pandangannya hilang entah ke mana...fikirannya masih kabur....oh itulah aku sebenarnya...

Esok masih ada harapan...simpanlah sedikit walaupun hanya secebis...

doakan aku semoga berjaya dalam peperiksaan esok :p


[paan]

Sunday, April 4, 2010

haha...Sudah masuk minggu ketiga aku mengajar...

Hehehe...gelak seorang diri semasa menaip entri ini...banyak benda aku nak cerita semasa tempoh praktikum...macam-macam dugaan dan macam-macam hal yang telah berlaku. Mungkin ini pengalaman paling MAHAL aku...tak dapat kat tempat lain...tetapi di Kampung Chat...aku belajar sesuatu yang berharga. Aku telah mengajar 6 waktu untuk Pendidikan Seni Visual...dan kelas yang aku ajar ialah kelas darjah 2, 5, dan 6....setiap kelas ada karenah masing-masing...budak darjah 2 paling buat aku hilang fokus...hahaha.. sebab apa...sebab mereka suka bertanya. Setiap benda yang mereka buat, mereka pasti akan bertanya untuk buat apa selepas itu...aku pula telah menjadi terlampau peka dengan panggilan CIKGU...hahahaha..CIKGU NAK BUAT MACAM MANA...CIKGU, BOLEHKAH SAYA PERGI KE TANDAS....aku gelak ja...rasa nak gelak sebab aku dulu pun macam tu...hehehehe....apa pun...mereka sangat COMEL....



Sunday, March 21, 2010

Esok aku sudah mula praktikum


Oh....sudah mahu menjelang hari isnin...di mana aku akan memulakan praktikum pada hari tersebut di SK Chat, Benta Pahang...mungkin aku akan menulis diari perjalanan praktikum aku di blog ini..harap semuanya akan berjalan dengan lancar sekali....hidup akan jadi lebih mencabar...doakan aku ya rakan-rakan!

Tuesday, March 2, 2010

Hari ini mungkin indah


Assalamualaikum...sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini...dan sudah lama aku tidak menulis secara kritis. Sejak akhir-akhir ini aku agak sibuk...sibuk dengan kertas hitam putih...sibuk dengan termenung di kala malam hari. Apa yang difikirkan...apa yang harus dibuat...apa perlu lakukan...hari ini bukan sama nasibnya dengan kelmarin. Masih ada titik manis dalam hidup ini...mungkin aku kurang pasti ia ada di sekeliling aku...masih mendapat perhatian dari segelintir benda bernyawa...syukur atas segalanya...moga aku terus teguh dan masih berharap keindahan itu akan ada...


Tuesday, January 26, 2010

kemaafan itu pasti ada



Pagi ini...sangat hening...aku mendengar klasik fm...radio yang sememangnya ramai orang tak suka dengar...tapi bagi aku banyak input yang aku dapat apabila mendengar slot-slot yang memberi motivasi yang amat berguna buat aku...topik pagi ini...kenapa sukar untuk memaafkan...Ramai pendengar-pendengar memberi respon yang agak baik tentang topik kemaafan ni...ada yang berkata kemaafan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata dek maruah yang tercalar...sampai akhirat pun tak akan maafkan...ada yang ambil ringan...maafkan saja insan itu...aku juga pernah buat silap...sama macam manusia lain...slot pagi ini agak memberi kesan pada aku...kenapa susah kita memaafkan orang lain...kenapa perlu kita membenci seorang insan yang membuat salah pada kita...banyak pandangan yang diberikan oleh pendengar sebentar tadi...ada yang mengatakan bahawa ada sebab orang itu tidak memaafkan seseorang. Atas sebab kemarahan yang melampau...kecurangan...kasihan aku mendengar rintihan pendengar...moga hati kita ini terbuka untuk memaafkan dan memberi kemaafan...Sedangkan Allah Maha Pengampun...mungkin ada hikmah di sebalik kemaafan...memaafkan seseorang itu lebih baik daripada menjatuhkan hukuman kepada seseorang...memberi kemaafan juga dapat menghapuskan dosa-dosa kecil...tiada insan yang tidak pernah melakukan kesilapan...


Sunday, January 17, 2010

Tragedi 1995 - Dikejar Apek



Dulu masa aku di bangku sekolah rendah pada tahun 1995, sebelum aku masuk darjah dua...aku berkawan rapat dengan seorang sahabat pertama aku yang berama Zafri. Aku mengenali beliau sewaktu di tadika Kemas lagi...kami selalu bermain bersama dan selalu berkepit bersama...kini beliau sudah tidak dapat dihubungi lagi selepas beliau berpindah ke Ipoh bersama keluarga selepas darjah dua...aku ada sedikit kenangan nak kongsi bersama anda semua...kenangan ni mungkin agak serius lagi suspen...OK...Aku nak cerita fasal kenangan aku dikejar oleh seorang apek tua sewaktu hendak ke rumah Zafri. Kenapa aku kena kejar?? apa salah aku?? adakah aku mengorat anak apek tersebut?? OK Aku beritahu sebabnya....Sebabnya aku dan adik-adik aku menyeberangi batas apek tu....dia baru saja menanam biji benih sayurnya...kami pula masih budak-budak dan tidak tahu apa-apa..kami pun redah la sampai hancur batas apek tadi...Apek itu dengan marahnya mengejar kami semua...Berdesup bagaikan lintah kami lari akibat ketakutan dengan gigi palsu apek tersebut....hoohooo, agak suspen macam dalam filem Puteri Gunung Ledang kami lari...meredah semak samun merentasi kolam sebelum sampah ke rumah...Setibanya di rumah badan sudah calar balar akibat terkena lalang...balik rumah pula mandi sakit-sakit dan badan pula gatal-gatal....hahahaha....indahnya....


::pelan kami berlari::

Friday, January 15, 2010

fesyen rambut 1999


Pada tahun 1999, masa itu aku baru darjah 5...kami sebagai murid-murid busuk berlari ke sana sini amat meminati lagu dari kumpulan Newboyz. Sudah pasti ramai yang kenal Newboyz ni dan sememangnya orang lelaki amat membenci gaya pemakaian kumpulan ini...hahaha..yeke? namun bagi kami budak-budak sekolah yang banyak hingus...kami sangat mengagumi teknik sikatan rambut tomok yang agak fantastik. Walaupun agak jambu lagi ayu..kami beramai-ramai cuba untuk membuat gaya rambut Tomok. Maklumlah rambut melekat itu hensem...tapi aku tak boleh sikat belah tengah macam tomok sebabnya aku dah selalu sikat belah tepi (rambut budak baik). Bagi sesiapa yang sikat belah tengah, kami akan panggil beliau mat bunga tak pun mat jiwang sebab jiwang macam lagu Newboyz...haha..agak sengal gaya rambut tahun 1999...tapi tetap manis dalam ingatan aku...sungguh manis.

Tuesday, January 12, 2010

aku yang melihat petang



Petang ini masih tertanya-tanya masihkah ada harapan...melihat pada langit luas...biru langit yang semakin pudar warnanya...awan yang berarak pergi meninggalkan kesan angin...aku di sini masih nyata...masih memerlukan penyokong hidup...entah siapa yang mengerti akan perjalanan ini...perjalanan yang kian usang...masih mencari erti sebenar satu komunitas...beradu dalam satu salur nyawa...menggarap satu cita yang kian membara...masih menunggu jawapan...masih mencari satu jalan tegak...aku ingin bersuara...ke mana harus ku lontarkan...masih diam membisu di tebing keluh kesah...


Monday, January 11, 2010

cara untuk berjimat



Ya sekarang sudah musim kegawatan ekonomi...semua barang dah naik harga...jadi sebagai seorang pelajar kita harus membuat satu anjakkan paradigma untuk mengatasi masalah kekeringan wang...apa yang kita boleh buat ialah...yang pertama, kalau nak berkawan...pastikan kawan anda mempunyai kuali yang banyak serta mempunyai alat untuk memasak supaya anda boleh menumpang makan makanan yang dimasak. Yang kedua, cari kawan yang ada motosikal supaya anda boleh menumpang kawan anda pergi ke kuliyah atau pergi ke pekan. Yang ketiga, cari kawan yang betul-betul tiada selera makan...supaya anda boleh mengambil sedikit bahagian makanan kawan anda apabila dia sudah tidak berjaya mengabiskan makanannya. HAHAHA...ini hanyalah sekadar nasihat yang agak sengal...kalau terasa hendak buat silakan ya untuk mendapat satu penyepak sulung peribadi percuma dari kawan anda :)

::sekadar hiburan::

anugerah dan kesyukuran | paanituaku