Friday, July 16, 2010

Alhamdulillah sedang mencuba yang terbaik....

Gambar di atas ni adalah gambar anak murid aku...namanya Rasyid atay nama timangannya adalah Que Haidar sebab mukanya memang mirip wajah pelakon tersebut...masa kali pertama mengajar darjah 6...Rasyid sangat pasif dan agak perlahan untuk melukis...walaupun perlahan...Rasyid masih tekun melukis sampai siap...jika aku berada di sebelahnya...membimbingnya melukis dengan yakin...Hari ini Rasyid boleh melukis dengan yakin...Rasyid melukis tiga gambar hidupan laut di atas kertas manila! Kali ini aku beri Rasyid melukis dengan pen marker...untuk menambah keyakinan beliau untuk melukis...kalau salah tidak boleh padam semula...jadi Rasyid harus fokus lebih dari kelas yang sebelumnya...Tahniah Rasyid...kalaulah aku juga tekun seperti kamu dulu....aku juga mahu buat yang terbaik...




0 Comments:

anugerah dan kesyukuran | paanituaku