Friday, July 9, 2010

Masih memiliki kehilangan


Assalamualaikum...sudah lama aku tidak online buat masa ini...agak sibuk dengan urusan praktikal fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Chenua. Aku masih lagi menyewa di rumah abang Din sewaktu aku praktikal di Sekolah Kebangsaan Chat dulu...jodoh aku masih disana barangkali...masih sayang pada sekolah lama...tapi aku harus tumpukan perhatian sekeras-kerasnya pada sekolah yang baru...kerana aku akan mengajar pendidikan moral untuk kursus minor aku. Bercakap tentang pendidikan moral...aku tidak mengajar anak orang cina ataupun india...tapi...aku mengajar anak orang asli...di Sekolah Kebangsaan Chenua, hanya ada pelajar melayu dan pelajar asli sahaja...

Pengalaman mengajar anak orang asli agak baru bagi aku...pada mulanya memang agak sukar untuk menyesuaikan diri mengajar mereka kerana mereka sangat pasif dan juga sangat pemalu yang tidak terkata...mungkin kerana mereka merasa rendah diri dikalangan pelajar melayu...ada juga yang nakal dan lincah sehingga menarik perhatian aku untuk mengenali mereka dengan lebih dekat...sejak mengajar anak orang asli, aku mula belajar bahasa Semai dengan pelajar tahun lima. Selalunya mereka sukar bercakap dalam bahasa melayu dan aku mungkin hanya menjadi bahan umpatan mereka jika aku berdekatan dengan mereka..agaknya la..hahahah......sekarang ini sudah 2 minggu mengenali anak murid aku...dan aku sudah faham sikit-sikit perangai mereka...mereka memang suka menyanyi dan suka berborak tentang kehidupan seharian mereka...kadang-kadang sampai 2 jam tidak berhenti berborak bersama aku...terutama sekali Safuan,Kelana dan Sazali...pelajar paling aktif dalam kelas aku...petah berkata-kata dalam bahasa semai, jakun dan melayu...ahahaha...aku pun masih terikut-ikut dengan pelat mereka, dan memang kelakar kalau nak diikutkan bercakap mengikut laras bahasa mereka... Oklah sampai disini sahaja aku menulis pada hari ini...cuba untuk gembira wahai si Paan...tabahkan hati...seperti mereka yang kental dan tersenyum selalu...



0 Comments:

anugerah dan kesyukuran | paanituaku