Sunday, January 17, 2010

Tragedi 1995 - Dikejar Apek



Dulu masa aku di bangku sekolah rendah pada tahun 1995, sebelum aku masuk darjah dua...aku berkawan rapat dengan seorang sahabat pertama aku yang berama Zafri. Aku mengenali beliau sewaktu di tadika Kemas lagi...kami selalu bermain bersama dan selalu berkepit bersama...kini beliau sudah tidak dapat dihubungi lagi selepas beliau berpindah ke Ipoh bersama keluarga selepas darjah dua...aku ada sedikit kenangan nak kongsi bersama anda semua...kenangan ni mungkin agak serius lagi suspen...OK...Aku nak cerita fasal kenangan aku dikejar oleh seorang apek tua sewaktu hendak ke rumah Zafri. Kenapa aku kena kejar?? apa salah aku?? adakah aku mengorat anak apek tersebut?? OK Aku beritahu sebabnya....Sebabnya aku dan adik-adik aku menyeberangi batas apek tu....dia baru saja menanam biji benih sayurnya...kami pula masih budak-budak dan tidak tahu apa-apa..kami pun redah la sampai hancur batas apek tadi...Apek itu dengan marahnya mengejar kami semua...Berdesup bagaikan lintah kami lari akibat ketakutan dengan gigi palsu apek tersebut....hoohooo, agak suspen macam dalam filem Puteri Gunung Ledang kami lari...meredah semak samun merentasi kolam sebelum sampah ke rumah...Setibanya di rumah badan sudah calar balar akibat terkena lalang...balik rumah pula mandi sakit-sakit dan badan pula gatal-gatal....hahahaha....indahnya....


::pelan kami berlari::

5 Comments:

annadzirah said...

hahaha.
tu la..
nasib la apek tu da tua..
xlarat sgt nak kejar..
lau x, kena tambat kat pokok pisang..
sampai malam, antu pisang dtg..

erk.
suke ati je nak reka..
((:

paan said...

hahaha kami lari bagai predator...apek pun tak dapat kejar haha

Fiq said...

nakal la ko ni bro.mesti apek tu igt sampai mati ko ni. haha

paan said...

hoho biasa la kecik-kecik...mana baik sangat huhu

cronstudio said...

Hehe..klaka siot..
Blog yg mmg best!!

anugerah dan kesyukuran | paanituaku