Monday, September 7, 2009

Bahaya Mouse Optik


Mouse optik...siapa tak pernah pegang mouse angkat tangan!! ala benda yg bulat-bulat tu... ya..aku rasa ramai dah pernah rasa pegang mouse dan tahu akan kegunaannya..Namun, tahukah anda semua bahwa mouse optik dapat memberikan kesan sampingan kepada penggunanya? hahahah?? bagaimana?? mari kita baca lagi rangkap seterusnya :)

Kira-kira semenjak tiga tahun setelah dilancarkan mouse optik pertama oleh Microsoft, telah dikenalpasti bahawa terdapat ribuan radiasi yang dipancarkan oleh mouse optik ke permukaan tangan. Mouse optik bekerja dengan memancarkan gelombang elektromagnetik frekuensi tinggi ke permukaan di bawahnya. Frekuensi yang digunakan lebih tinggi daripada telefon bimbit anda.

Mungkin sudah banyak pengguna yang mengetahui, bahawa telapak tangan dan kaki merupakan pusat hujung syaraf tubuh. Oleh itu, radiasi dari mouse yang dirasakan di telapak tangan dapat mempengaruhi kesihatan pengguna. Menurut pengamatan dari badan kesihatan dunia, WHO, radiasi dari mouse setara 5 kali radiasi telefon bimbit, dan akan lebih berbahaya jika mouse optik dipegang terus-menerus oleh pengguna komputer.

Untuk produk mouse optik berkualiti rendah, pengaruh radiasi elektromagnetik akan lebih terasa. Bagi produk yang bagus telah menggunakan pelindung (shield) di mouse optik bagi guna melindungi pergelangan tangan. Oleh kerana adanya bahaya yang cukup membimbangkan ini, WHO, GreenPeace, dan CNN sudah menghentikan penggunaan optical mouse untuk seluruh kegiatan di pejabat mereka. Sementara untuk Microsoft dan IBM telah saling bekerja sama untuk pembuatan pointer device yang lebih selamat, dengan dana sekitar $2 juta.

Untuk itu, pengguna dapat mulai membiasakan menggunakan mouse hanya ketika diperlukan, dan mungkin dapat lebih berlatih menggunakan shortcut keyboard, seperti “Ctrl-V” untuk paste, dan sebagainya. hahahhaha...jauhkan diri dari mouse...tapi susah nak buat kerja la lepas ni..hahaha...runsing daku runsing...

2 Comments:

phyca antares said...

eh yekerw?
aiseh..
tu la..
ko suke sgt gune menatang tikuih tu..
kalau touch pad??

paan said...

hoho aku sgt suke pgang mouse tp aku pegang ujung2 je...haha..touch pad tak tau la pulak :)

anugerah dan kesyukuran | paanituaku