Friday, September 25, 2009

Episod sahabat lama! berjumpa kembali!

Salam Lebaran yang indah..ingin aku rakamkan peristiwa pada hari raya ketiga...pada pagi itu, aku telah mendapat sms dari rakanku Azrai yang menjadi ketua Ekspedisi Raya Sakan kali ini..aku ikut saja kata-katanya...semua ahli yang terlibat pada mulanya terdiri dari Pizul,Tam,aku dan Azrai..haha..semua rancangan azrai untuk beraya tak dirancang jadi agak kelam kabut..sebelum nak beraya ke rumah kawan mestilah tanya dulu tuan rumah..haha..tapi tuan rumah sibuk..si Azrai bertanya dan bertanya akhirnya si Marina (kawan sekolah rendah) kebetulan ada dirumah..kami pun pergi bertandang ke rumah Marina dengan muka yakin dan tanpa segan..haha..aku nak cerita peristiwa di rumah marina..mula-mula aku nak beritahu..Marina ni agak sopan santun..cakap memang suara pun kurang melantun dan tak berapa nak dengar la..memang dari dulu dia macam tu..huhu..sampai aku tanya pun banyak kali ulang soalan yang sama..hehe..lepas melantak di rumah Marina, kami memaksa dia untuk mengikut kami beraya ke rumah kawan-kawan yang lain...dengan sekeras-kerasnya...dia pun memberi alasan bertubi-tubi untuk tidak mahu turut serta tetapi gagal..ehehe..sementara menunggu marina bersiap-siap hampir dua jam, kami ke rumah sahabat lama aku iaitu Pozee(kawan sekolah rendah) di Kampung bumi hijau..selepas beraya di rumah Pozee kami turut mengajaknya sekali beraya di rumah seniorku yang bernama Safarizal..Safarizal hanya bertuala sahaja di rumahnya kerana rumahnya tiada orang..bujang punya tema pakai tuala saja..hahaha..tapi takpa la..motif utama raya nak makan..selepas habis raya di rumah Safarizal..kami bertolak ke rumah Marina kembali untuk menjemputnya dengan motor..dia naik satu motor dan kami kongsi motor..

Selepas terpegun dengan kecantikkan Marina kami pun bertolak ke rumah seterusnya iaitu rumah Zulaikha..hoho..Aku amat teruja nak pergi rumah Zulaikha untuk berjumpa kakaknya Zuhairah..tetapi gagal..kak dia kerja la pula..hoho..selepas habis berbual kisah lampau dengan Zulaikha, kami semua (tak termasuk Zulaikha sebab dia ada hal) bertolak ke rumah seterusnya iaitu rumah Azimah (kawan sekolah rendah dan tadika) HEHE..aku sangat jarang bersembang dengan Azimah semasa di bangku sekolah dan apabila umurku mencecah dewasa baru aku nak sembang dengan dia..maklumlah dulu aku malu-malu kucing janda...

Selepas makan dengan kenyang di rumah Azimah..kami pun mengajak beliau untuk turut serta menyertai ekspedisi raya sakan kami..Azimah pun bersetuju dan kami menunggu dia bersiap-siap dulu seperti Marina..tapi cepat sikit la dia bersiap..HAHA..Azimah membonceng si Marina dan kami masih membonceng orang yang sama ke rumah Pizul la pula....selepas habis minum, kami pun meneruskan ekspedisi kami ke rumah aku...hoho..lepas habis minum juga..kami terus ke kampung Tebok Yan..untuk beraya ke rumah Adila (kawan sekolah menengah) ahahaha...rumah Adila ni destinasi akhir kami..hoho..makan kat rumah Adila ni menarik sikit sebab dapat makan lauk kenduri kesyukuran yang famili dia buat..hahaha..mengembung perut aku makan nasik hari raya ketiga dengan rakusnya...seronoknya dapat jumpa kawan-kawan lama...aku harap hangpa semua berjaya dalam kerjaya hangpa masing-masing...hehehe..kali ni aku memang saja nak tulis panjang-panjang..hahaahahaha!

2 Comments:

Pendekar_Dodol said...

bila nk bwat story psl mknn kegemaran kita kt kampong?? haha

Azrai said...

terharu wo.. gambar aku msuk blog..hohoho

anugerah dan kesyukuran | paanituaku