Tuesday, September 22, 2009

sekadar ingin bercerita

Assalamualaikum kawan-kawan..Salam lebaran..salam aidil fitri buat semua umat islam di seluruh dunia...sekadar coretan yang tak berapa menarik untuk aku tulis..raya pertama macam agak bosan..pagi raya pertama aku balik kampung..lepas sampai kampung aku main mercun kejap dengan sepupu aku..bila tengok mercun sekarang makin kuat bunyinya aku macam tak berani pula nak main..risau jari jemari ku hilang di langit biru..tak pun mata biruku sudah tidak kelihatan di ambang aidilfitri..tengah hari pula aku tidur..malam tu juga aku balik Pantai remis...jumpa kawan-kawan semua hari raya kedua la pula.

Hari raya kedua pun aku tidur di pagi hari..bangun nak dekat tengah hari..malas betul aku ni..aku bangun pun sebab kawan aku telefon aku nak datang rumah..Si Roslan dan Emi kawan aku masa di sekolah menengah..perangai sengal masih terserlah...haha..tak boleh nak ubah..lepas habis bersalam nak balik rumah sempat lagi dia baling mercun bola depan rumah aku..nasib baik mak aku tak dengar atau buat-buat tak dengar...malamnya pula aku lepak makan charkuewtiaw macam biasa-biasa aku makan di tengah malam..lepas makan charkuewtiaw paling sedap , aku pun melepak di rumah kawan aku si azrai bin wahab si juruletrik kampung Tanjung Ara..rumahnya sangat meriah sebab pada julung-julung kali dan kali pertama famili si azrai buat perjumpaan waris keluarga sebelah emaknya...ada 11 orang adik beradik emaknya..hohoh..sangat kagum boleh jumpa semua dalam masa satu hari..hoho..memang nampak meriah..malam tu pun aku melepak rumah dia tengok persembahan anak saudara bermain bunga api dalam keadaan girang sambil menyanyi lagu selamat hari raya dendangan Ahmad Jais.hehe..ermmm..aku rasa itu saja kot aku nak tulis...lagi satu aku nak nasihatkan kepada rakan-rakan di luar sana....kalau nak beli mercun..belilah mercun yang mendapat kelulusan dari badan-badan kerajaan yang ditetapkan...salam aidilfitri maaf zahir batin :)

5 Comments:

ahsfantasy24 said...

salam..
salam aidilfitri,
maaf zahir dan batin..
(^__^)

meo188 said...

slm mesra!!!!!!!!!!!!!!!!

paan said...

salam idul fitri :)

arai said...

mmg besh satu kerabat trun umah aku..yg aku x knal pun ada..ank buah bkan main ramai da..

paan said...

hehe..bru meriah sket :)

anugerah dan kesyukuran | paanituaku