

Sunday, December 26, 2010
kais pagi dan petang

dipos oleh paan pada pukul 2:17 AM 2 comments
Friday, December 10, 2010
Mengapa bosan?
dipos oleh paan pada pukul 2:25 PM 1 comments
Monday, December 6, 2010
Makan angin
dipos oleh paan pada pukul 1:02 AM 3 comments
Saturday, November 27, 2010
Andai aku mampu mengubahnya
bebas dari fikiran jahat....
jauh dari fikiran kotor...
terlepas dari kehidupan yang gelap...
MAAF...AKU BUKAN SEMPURNA...
dipos oleh paan pada pukul 3:18 AM 0 comments
Friday, October 29, 2010
Aku mahu kayuh laju...dan laju...
dipos oleh paan pada pukul 12:31 PM 4 comments
Sunday, August 1, 2010
kencing paling jauh
dipos oleh paan pada pukul 10:21 PM 1 comments
Tuesday, July 27, 2010
prestasi yang makin jatuh
dipos oleh paan pada pukul 9:49 PM 0 comments
Saturday, July 17, 2010
selamat dari kecelakaan
dipos oleh paan pada pukul 1:53 PM 2 comments
aku tidak ada upaya...
dipos oleh paan pada pukul 7:41 AM 0 comments
Friday, July 16, 2010
Alhamdulillah sedang mencuba yang terbaik....

dipos oleh paan pada pukul 6:20 PM 0 comments
Sunday, July 11, 2010
masih dibenci atau dicaci...
dipos oleh paan pada pukul 2:33 PM 3 comments
Saturday, July 10, 2010
masih belum lelap...hari yang malap aku redah...
paan
dipos oleh paan pada pukul 3:59 AM 0 comments
Friday, July 9, 2010
Masih memiliki kehilangan

Assalamualaikum...sudah lama aku tidak online buat masa ini...agak sibuk dengan urusan praktikal fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Chenua. Aku masih lagi menyewa di rumah abang Din sewaktu aku praktikal di Sekolah Kebangsaan Chat dulu...jodoh aku masih disana barangkali...masih sayang pada sekolah lama...tapi aku harus tumpukan perhatian sekeras-kerasnya pada sekolah yang baru...kerana aku akan mengajar pendidikan moral untuk kursus minor aku. Bercakap tentang pendidikan moral...aku tidak mengajar anak orang cina ataupun india...tapi...aku mengajar anak orang asli...di Sekolah Kebangsaan Chenua, hanya ada pelajar melayu dan pelajar asli sahaja...
Pengalaman mengajar anak orang asli agak baru bagi aku...pada mulanya memang agak sukar untuk menyesuaikan diri mengajar mereka kerana mereka sangat pasif dan juga sangat pemalu yang tidak terkata...mungkin kerana mereka merasa rendah diri dikalangan pelajar melayu...ada juga yang nakal dan lincah sehingga menarik perhatian aku untuk mengenali mereka dengan lebih dekat...sejak mengajar anak orang asli, aku mula belajar bahasa Semai dengan pelajar tahun lima. Selalunya mereka sukar bercakap dalam bahasa melayu dan aku mungkin hanya menjadi bahan umpatan mereka jika aku berdekatan dengan mereka..agaknya la..hahahah......sekarang ini sudah 2 minggu mengenali anak murid aku...dan aku sudah faham sikit-sikit perangai mereka...mereka memang suka menyanyi dan suka berborak tentang kehidupan seharian mereka...kadang-kadang sampai 2 jam tidak berhenti berborak bersama aku...terutama sekali Safuan,Kelana dan Sazali...pelajar paling aktif dalam kelas aku...petah berkata-kata dalam bahasa semai, jakun dan melayu...ahahaha...aku pun masih terikut-ikut dengan pelat mereka, dan memang kelakar kalau nak diikutkan bercakap mengikut laras bahasa mereka... Oklah sampai disini sahaja aku menulis pada hari ini...cuba untuk gembira wahai si Paan...tabahkan hati...seperti mereka yang kental dan tersenyum selalu...
dipos oleh paan pada pukul 3:36 PM 0 comments
Monday, June 21, 2010
ada kalanya aku tersenyum
dipos oleh paan pada pukul 2:22 AM 1 comments
Saturday, June 19, 2010
sedih
dipos oleh paan pada pukul 6:48 PM 0 comments
sepi dengan kata-kata
Lama sudah aku tidak mengemaskini penulisan aku di blog ini...ku harapkan sesuatu sinar harapan muncul tapi apa yang berlaku hanyalah kemalapan pada sinar itu...biarpun aku sendiri menerimanya dengan hati yang belum cukup utuh...ia langsung tidak dapat membantu perasaanku untuk tabah menggenggam harapan yang lalu... Kini aku sepi dengan kata-kata...tindakkanku untuk melukis adalah sekadar melepaskan segala penyesalan dan kesedihanku...membawa diri menerusi liku-liku yang menyakitkan ini...terus nafasku bukan sekadar untuk dibelai dengan kesedihan...harus ada keindahan itu...tapi aku masih belum menjumpainya... ku harap setiap yang berlaku ada jawapan dan setiap persoalan dalam diri kian lenyap... Aku sudah gehil memikirkan kekusutan yang melanda... Oh Tuhan berilah aku kekuatan...
dipos oleh paan pada pukul 2:46 AM 0 comments
Wednesday, May 26, 2010
Di saat otak berlari pantas...

Malam ini...dingin membeku meniup kalbu....seorang anak muda yang masih belum tidur...masih belum cukup utuh ilmu di dadanya...masih memegang serpihan nota-nota esok....terkumat kamit mulutnya berkata yang bukan-bukan...pandangannya hilang entah ke mana...fikirannya masih kabur....oh itulah aku sebenarnya...
doakan aku semoga berjaya dalam peperiksaan esok :p
[paan]
dipos oleh paan pada pukul 2:53 AM 2 comments
Sunday, April 4, 2010
haha...Sudah masuk minggu ketiga aku mengajar...

dipos oleh paan pada pukul 3:14 PM 6 comments
Sunday, March 21, 2010
Esok aku sudah mula praktikum

dipos oleh paan pada pukul 10:13 AM 4 comments
Tuesday, March 2, 2010
Hari ini mungkin indah
dipos oleh paan pada pukul 8:21 PM 4 comments
Tuesday, January 26, 2010
kemaafan itu pasti ada
Pagi ini...sangat hening...aku mendengar klasik fm...radio yang sememangnya ramai orang tak suka dengar...tapi bagi aku banyak input yang aku dapat apabila mendengar slot-slot yang memberi motivasi yang amat berguna buat aku...topik pagi ini...kenapa sukar untuk memaafkan...Ramai pendengar-pendengar memberi respon yang agak baik tentang topik kemaafan ni...ada yang berkata kemaafan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata dek maruah yang tercalar...sampai akhirat pun tak akan maafkan...ada yang ambil ringan...maafkan saja insan itu...aku juga pernah buat silap...sama macam manusia lain...slot pagi ini agak memberi kesan pada aku...kenapa susah kita memaafkan orang lain...kenapa perlu kita membenci seorang insan yang membuat salah pada kita...banyak pandangan yang diberikan oleh pendengar sebentar tadi...ada yang mengatakan bahawa ada sebab orang itu tidak memaafkan seseorang. Atas sebab kemarahan yang melampau...kecurangan...kasihan aku mendengar rintihan pendengar...moga hati kita ini terbuka untuk memaafkan dan memberi kemaafan...Sedangkan Allah Maha Pengampun...mungkin ada hikmah di sebalik kemaafan...memaafkan seseorang itu lebih baik daripada menjatuhkan hukuman kepada seseorang...memberi kemaafan juga dapat menghapuskan dosa-dosa kecil...tiada insan yang tidak pernah melakukan kesilapan...
dipos oleh paan pada pukul 2:33 AM 4 comments
Sunday, January 17, 2010
Tragedi 1995 - Dikejar Apek

dipos oleh paan pada pukul 12:43 PM 5 comments
Friday, January 15, 2010
fesyen rambut 1999

Pada tahun 1999, masa itu aku baru darjah 5...kami sebagai murid-murid busuk berlari ke sana sini amat meminati lagu dari kumpulan Newboyz. Sudah pasti ramai yang kenal Newboyz ni dan sememangnya orang lelaki amat membenci gaya pemakaian kumpulan ini...hahaha..yeke? namun bagi kami budak-budak sekolah yang banyak hingus...kami sangat mengagumi teknik sikatan rambut tomok yang agak fantastik. Walaupun agak jambu lagi ayu..kami beramai-ramai cuba untuk membuat gaya rambut Tomok. Maklumlah rambut melekat itu hensem...tapi aku tak boleh sikat belah tengah macam tomok sebabnya aku dah selalu sikat belah tepi (rambut budak baik). Bagi sesiapa yang sikat belah tengah, kami akan panggil beliau mat bunga tak pun mat jiwang sebab jiwang macam lagu Newboyz...haha..agak sengal gaya rambut tahun 1999...tapi tetap manis dalam ingatan aku...sungguh manis.
dipos oleh paan pada pukul 11:05 PM 6 comments
Tuesday, January 12, 2010
aku yang melihat petang

Petang ini masih tertanya-tanya masihkah ada harapan...melihat pada langit luas...biru langit yang semakin pudar warnanya...awan yang berarak pergi meninggalkan kesan angin...aku di sini masih nyata...masih memerlukan penyokong hidup...entah siapa yang mengerti akan perjalanan ini...perjalanan yang kian usang...masih mencari erti sebenar satu komunitas...beradu dalam satu salur nyawa...menggarap satu cita yang kian membara...masih menunggu jawapan...masih mencari satu jalan tegak...aku ingin bersuara...ke mana harus ku lontarkan...masih diam membisu di tebing keluh kesah...
dipos oleh paan pada pukul 5:22 PM 2 comments
Monday, January 11, 2010
cara untuk berjimat
Ya sekarang sudah musim kegawatan ekonomi...semua barang dah naik harga...jadi sebagai seorang pelajar kita harus membuat satu anjakkan paradigma untuk mengatasi masalah kekeringan wang...apa yang kita boleh buat ialah...yang pertama, kalau nak berkawan...pastikan kawan anda mempunyai kuali yang banyak serta mempunyai alat untuk memasak supaya anda boleh menumpang makan makanan yang dimasak. Yang kedua, cari kawan yang ada motosikal supaya anda boleh menumpang kawan anda pergi ke kuliyah atau pergi ke pekan. Yang ketiga, cari kawan yang betul-betul tiada selera makan...supaya anda boleh mengambil sedikit bahagian makanan kawan anda apabila dia sudah tidak berjaya mengabiskan makanannya. HAHAHA...ini hanyalah sekadar nasihat yang agak sengal...kalau terasa hendak buat silakan ya untuk mendapat satu penyepak sulung peribadi percuma dari kawan anda :)
dipos oleh paan pada pukul 8:15 PM 0 comments